Friday, March 12, 2010

DESA E KASIH , LONDAH


LIMA puloh lot banglo Sekim Pembangunan Rakyat Termiskin (SPKR) Tampin di kampong Londah mungkin adalah salah satu penempatan paling tersusun dan indah buat keluarga termiskin didaerah ini kerana selain dilengkapi kemudahan perumahan , bekalan air dan eletrik , jalan raya malahan mempunyai kemudahan taman permainan kanak-kanak .

Terletak diatas sebidang tanah kerajaan , kesemua lot perumahan itu akan menjadi tempat tinggal paling selesa untuk mereka kerana berdekatan dengan jalan utama Passir Besar – Gemas , selain bersebelahan dengan rumah rakyat Londah .

Dibina dengan peruntukan kerajaan , peserta di pilih dari senarai E Kasih dan senarai SPKR daerah dimana mereka yang benar-benar layak dan tersenarai sahaja di tempatkan disitu .

Di kenali sebagai Desa E Kasih , bakal di rasmikan oleh YAB Menteri Besar sadikit masa lagi , dibina semasa Tuan Razali Bakar , Pegawai Daerah Tampin menjadi KPPD Gemas .

Buah tangan Tuan Razali begitu indah sekali dan wajar menjadi kebanggaan bukan sahaja kepada rakyat Tampin dan Gemas malahan penduduk Negeri Sembilan sendiri .

Moga penempatan ini akan menjadi satu contoh keprihatinan kerajaan membela nasib rakyat terutamanya dari gulongan termiskin untuk memperbaiki kehidupan mereka .

Peserta yang di tempatkan disitu wajar berterima kasih kepada kerajaan atas daya usaha itu dan menjadikan kawasan Desa E Kasih sebagai tapak kekuatan utama menyokong kerajaan .