Tuesday, October 18, 2011

KURSUS PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN KAMPUNG

INI bukan kursus yang pertama kepada ketua-ketua kampung Tampin kerana sebahagian daripadanya telah mengikuti kursus yang sama di Institut Kemajuan Desa atau Infra beberapa tahun yang lalu .


Masa tu Tok Nal yang menjadi pegawai pengiringnya tetapi kursus di MITC kali ini dilaksanakan oleh Infra bersama-sama dengan ketua kampung dari daerah Kuala Pilah .


Mana-mana yang baru dan belum cukup ilmu didada , eloklah ambil perhatian kepada isi kandungan kursus ini kerana ianya boleh membantu mereka menunaikan tanggungjawab sebagai ketua kampung .


Jangan nanti bila berlaku kesilapan atau kecuaian menyalahkan pihak lain dan memberikan alasan tidak tahu kerana kursus telah diadakan , belanja telah dikeluar dan terpulanglah kepada ketua kampung untuk memanfaatkan ilmu yang di perolihi .


Jangan ada yang ponteng kelas atau tidak membuat apa yang diminta saperti menyediakan profail kampung , menyediakan minit mesyuarat mengikut format yang disediakan dan juga merancang projek yang memberikam impak yang besar kepada kampung mereka , bukan kepada mereka atau kaum keluarga mereka sahaja .


Ada dua atau tiga ketua kampung yang Tok Nal periksa senarai agak culas , buat banyak alasan untuk tidak hadir atau menghantar wakil .


Jika tak mahu menunaikan tanggungjawab eloklah difikirkan masak-masak tanggungjawab yang diamanah kepada mereka jangan jadikan amanah itu sebagai penghalang untuk mereka menerima anugerah Allah di surga nanti .


Tok Nal harap salepas ini akan ada perubahan kepada kepimpinan ketua kampung dan tidak lah lagi ada ketua kampung yang hanya tahu menyalahkan orang dan malas nak buat kerja walaupun rajin dan sering marah-marah bila elaun lambat .


Tugas dan tanggungjawab ketua kampung sama pentingnya dengan tugas dan tanggungjawab pemimpin akar umbi yang lain dan satul agi Tok Nal nak ingatkan , pandai-pandailah jaga lopak sendiri , jangan cuba cerobohi lopak orang lain atas alasan ketua kampung .


Ketua kampung bukan lesen untuk berbuat begitu .