Tuesday, April 27, 2010

SEGAKNYA KETUA KAMPONG GEMENCHEH


MUNGKIN antara ketua kampong tersegak di NSDK datangnya dari Gemencheh .

Apa tidaknya , bila Tok Anjang dan rakan-rakannya Ketua Kampong memakai baju putih yang di sumbangkan oleh Adun Gemencheh , bukan main bergaya lagi .

Ngalahkan pemimpin yang hadir pada majlis juara rakyat di Kg Batang Rokan hari itu .

Tok Din sebagai Pengerusi Ketua Kampong Tampin patut bangga kerana anak buah nya segak- segak belaka , bergaya dan handsome walaupun ada sebahagianya tu , gigi pun dah tak banyak lagi .

Bila dah segak tu mula ngusik-ngusik Siti Nor dari Pejabat Daerah .

Ingat , orang rumah tengah jeling , nanti kok Ketua Kampong tidor diluar .

Maaf , Tok Nal bergurau aje ....

.

JUARA RAKYAT BATANG ROKAN

Gambar-gambar sekitar pelancaran program Juara Rakyat di Kg Batang Rokan Gemencheh .

Menteri Besar , Adun Gemencheh , Pegawai Daerah , Ketu-Ketua Jabatan Kerajaan , Pemimpin Politik dan Masyarakat serta orang ramai adalah antara yang hadir .

Majlis yang amat meriah dan cemerlang sahinggakan MB macam tak mahu balik kerana ingin lebih lama bermesra dengan penduduk Kampung batang Rokan .

Terima kasih Dato

PUSAT KOMUNITI PENDUDUK

Tok Nal bercadang nak jadikan balai Penghulu Keru sebagai Pusat Komuiti Penduduk .

Buat aktibiti penduduk disitu , ajak belia bersama-sama , Ngos lain pun turut serta dan Tok Nal pula datang sekali sekala jenguk apa yang mereka buat .

Itu cadangan Tok Nal , Topk Nal dah maklumkan pada Tuan DO dan Tuan DO setuju .

Nanti Tok Nal nak minta anggota Rela tolong sama jayakan hasrat murni itu ,.

Buat masa ini biarlah Tok Nal bersihkan dulu balai Penghulu tu , biar jadi cantik .


Bro sedang terjerit-jerit  kerana di gigit kerengga , mungkin kerengga betina kot ?

Bro monong panjang , ngelat nak kerja ke atau ingat awek kat PDT ?

BAJU MERAH BERKAMPUNG DI BATANG ROKAN

Semasa program Juara Rakyat di padang Sekolah Kebangsaan batang Rokan , sekumpulan " baju merah " kelihatan memeriahkan suasana di tempat itu .

Mereka bukan sahaja rajin bekerja , smart , handsome , cantik malahan begitu bergaya sekali menjalankan tugas saolah-olah majlis itu di kongker oleh kumpulan ini .

Tidak hairan lah kalau pasukan baju merah ini sentiasa menjadi perhatian dan menjadi kemegahan PDT .


 Boss " baju merah " sedang memberikan taklimat kepada Tuan DO dan YB Adun Gemencheh berhubung perjalanan majlis petang itu .

Saorang pemakai baju merah tersosek dikalangan baju merah yang lain .