Wednesday, February 24, 2010

SESSI MENDENGAR JKKK


Semua JKKK dalam daerah ini telah diarahkan supaya mengadakan sekurang-kurangnya dua kali setahun majlis dialog atau sessi mendengar dengan penduduk kampong dibawah pengendalian mereka .

Arahan ini wajib di patuhi dan semua penduduk tanpa mengira fahaman politik dan keturunan , perlu dipanggil supaya permasalahn mereka dapat di dengar oleh JKKK , dan tindakan mengatasinya dapat dibuat .

Disamping itu , majlis tersebut juga boleh digunakan bagi menjelaskan isu-isu semasa yang bermain di fikiran mereka supaya tidak timbul lagi kekeliruan dikalangan mereka .

JKKK saperti Seri Gemencheh , Ulu Rokan , Tenai telah pun mengadakan masjlis yang serupa dan sambutan yang diterima amat baik dimana banyak permasalahan dapat diselesaikan dalam majlis itu .

Tok Nal nak ucapkan tahniah kepada JKKK terbabit kerana bersedia mematuhi arahan kerajaan dan banyak isu telah Berjaya diselesaikan .

Tidak ada sebab untuk JKKK takut mengadakan majlis tersebut kerana tujuannya bukan untuk mencari salah JKKK tetapi adalah bagi mengenal pasti permasalahan orang ramai yang mungkin tidak di ketahui oleh JKKK sendiri .

Di Seri Gemencheh , soal pengukuran sempadan lot-lot tanah berjaya diselesaikan melalui majlis itu walaupun kes itu tertangguh begitu lama .

Buat jangan tak buat ...