Thursday, August 18, 2011

PESANAN UNTUK SEMUA

DALAM mencapai KPI , pentadbiran daerah akan mengambil tindakan mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada mana-mana ketua kampung dan juga kakitangan pejabat daerah dan tanah yang gagal mengikuti acara yang dianjurkan oleh pentadbiran ini .

Pengerusi JKKK contohnya jika gagal menghadiri mesyuarat yang diwajibkan saperti mesyuarat fokus group mukim tanpa alasan yang munasabah , pentadbiran akan mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada mereka dan mereka dikehendaki memberikan alasan yang munasabah kenapa tidak hadir .

Begitu juga bagi kakitangan pejabat daerah dan tanah yang nama mereka disenaraikan untuk hadir dalam majlis yang dianjurkan tetapi culas tanpa sebab , juga akan diberikan surat tunjuk sebab supaya gejala  ponteng ini tidak mencemarkan imej jabatan dan menjejaskan kualiti perkhidmatan .

Jangan nanti ada yang membuat tuduhan yang bukan-bukan apabila dikenakan tindakan sedangkan hakikat sebenarnya , mereka sendiri yang culas menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan .

Tok Nal tak kisah sangat soal kakitangan pejabat daerah dan tanah kerana ada pegawai pengawalnya sendiri , apa yang Tok Nal ingin mengingatkan diri Tok Nal dan semua Tok Ketua-Tok Ketua , supaya memberikan kerjasama untuk hadir dalam majlis-majlis rasmi dimana jemputan dihantar kepada mereka .

Jika tidak dijemput , rasa marah tetapi jika tidak hadir macamana pulak ?

Tok Din selalu cakap perkara ini , tentang KPI ketua-ketua kampung , tentang elaun yang dah naik dan tentang prestasi ketua-ketua kampung yang semakin meningkat , tetapi masih ada saorang dua yang culas dan membesarkan diri .

Siapa dia , tepuk dada tanyalah selera .

Macam mesyuarat fokus group pagi semalam , hanya 4 ketua kampung yang hadir , dua dari Repah iaitu Tampin Tengah dan Keru dan dua dari Gemencheh iaitu Felda Bukit Rokan dan Tenai , dimana Tok Din jadi ketuanya .

Yang lain mana ?

Tok Nal sekadar mengingatkan aje ......