Wednesday, July 28, 2010

PERTANDINGAN KECERIAAN KAMPUNG

TIDAK sah kalau Tok Nal tak maklumkan bahawa pertandingan keceriaan kampung peringkat DUN Gemencheh sedang hebat berjalan sekarang .

Beberapa kampung telah dibuat penilaian saperti Kg Air Rawa Pulau , Kg Gemencheh Lama , Kg Seri Gemencheh , Batang Rokan dan Ulu Rokan .

Semalam pula Kg Jelawai , Gedok dan Kg Baru Gedok .

Semua yang bertanding hebat-hebat belaka .

Kg Tenai , Sungai Dua dan Parit Buloh terpaksa di tangguhkan kepada 3 Ogos ini memandangkan tarikh tersebut bertembung dengan majlis di Londah iaitu majlis perasmian Desa E Kasih oleh Menteri KKLW .

Yang sedihnya , ada lah dua tiga kampung yang tak menyertainya .

Ada alasan yang diberikan tetapi kalau semua menyertai pertandingan itu kan lebih baik macam kata Tok Anjang  ?

Tuesday, July 27, 2010

KURSUS PENEMPATAN DAERAH PTD

Sebagai kakitangan kerajaan , Tok Nal bersama-sama menjayakan Kursus Penempatan Daerah , Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) siri 1/2010 anjuran Intan baru-baru ini .

Disebabkan kesibukan masa , baru sekarang Tok Nal dapat up-datekan maklumat tersebut .

jangan marah lah , kadang kala cerita dah nak basi pun sedapkan juga buat penguat selera .

PROGRAM MOTIVASI KRT MELANG

TOK Nal nak ucapkan tahniah kepada barisan AJK Jiran Wanita KRT Melang yang berjaya mengadakan program motivasi dan  pertandingan melukis baru-baru ini

YB Tuan Haji Adnan Abu Hassan , ADUN Pilah turut hadir sama .

Majlis itu dijalankan dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Sembilan .

Semoga semangat AJK KRT Melang akan bertambah kuat untuk bekerja dimasa akan datang hasil daripada program tersebut .

GAMBAR DURUMAH ARUAH TOK YASIN

MASA Tok Yasin meninggal dunia , Pegawai daerah dan Tok Nal menziarahi keluarganya .

Masa itu MB pun dah sampai .

Ini gambar kenang-kenangan semasa berada disana .

KARNIVAL USAHAWAN DESA

Bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil , berlansung Karnival Usahawan Desa anjuran Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) .

Tok Nal dan sebahagian besar Ketua Kampung dari Tampin hadir dalam majlis itu .

Selain dapat menyaksikan usahawan desa yang kebanyakannya terdiri daripada orang Melayu , dapat juga menjamu selera dengan kuih muih dan makanan yang disediakan .

Semuanya nak bagi Tok Nal rasa dan akhirnya minta Tok Nal beli .

Biasaalah orang menjual barangan , tentulah nak minta orang beli .

Ada lah satu barang yang dibeli , nak beli semua , tak larat kerana memerlukan banyak ongkos .

Biar pun begitu syabas  diucapkan kepada usahawan-usahawan yang menyertai karnival ini .


Wednesday, July 21, 2010

HAPPY BIRTHDAY KUDIN


HAPPY BIRTHDAY untuk KUDIN dan Tok Nal sendiri .

Yang menariknya birthday Tok Nal dan Kudin sama hari , 11 July .

Tok Nal yang ke 50 manakala anak Tok Nal Mohamed ' Naqiuddeen hari lahir ke 9 .

Tak ada buat apa-apa acara cuma baca doa selamat sikit .

Isteri Tok Nal belilah sikit kuih , buat sukakan hati anak , tengoklah betapa gembiranya Kudin biarpun cuma lemang dan sadikit kek .

Yang penting , ada buat , itu sudah memadai .

Moga-moga usia Tok Nal dan Kudin panjang .

Amin .


Tuesday, July 6, 2010

BANJIR DI PT BULOH AIR KUNING

BANJIR kilat melanda sekitar Kampung Parit Buloh dan Pekan Air Kuning baru-baru ini .

Pegawai Daerah Tuan Razali Bakar dan YB Dato Kamil A Aziz bersama-sama dengan Tok Nal dan pegawai-pegawai lain melawat kawasan banjir itu .

Keprihatinan YB Adun Gemencheh dan Pegawai Daerah termasuk wakil Ahli Parlimen Tampin mendapat pujian penduduk setempat .

Dengan kehadiran pemimpin kerajaan itu , segala masalah mereka dapat diatasi .

Malahan kesediaan Dato Kamil mengharung banjir juga mengkagumkan mereka yang bersama dalam majlis itu .

Tahniah lah Dato .


HARI BANCI 6 JULAI 2010

HARI INI  6 Julai 2010 adalah HARI BANCI .

Banci ini adalah Banci Penduduk dan Perumahan .

Pembanci-pembanci akan datang mengadakan mancian dan orang ramai diminta memberikan maklumat yang tepat tentang isu rumah masing-masing .

Tok Nal dan 6 pembanci akan berada disekitar Gemencheh bagi menjalankan kerja-kerja banci tersebut .

Sila beri kerjasama kepada pembanci-pembanci untuk mendapatkan maklumat individu dan rumah .

Maklumat adalah SULIT .

SELAMAT HARI BANCI