Tuesday, February 23, 2010

FOKUS GROUP PERINGKAT MUKIM

MULAI tahun 2010 , kerajaan akan menubuhkan pasukan petugas membasmi kemiskinan di peringkat akar umbi dengan penubuhan Mesyuarat Fokus Group peringkat mukim yang dianggotai oleh semua pengerusi JKKK dalam mukim itu .

Pegawai Daerah Tampin Tuan Razali Bakar berkata , mesyuarat itu nanti akan di pengerusikan oleh Penghulu Mukim dan semua permohonan bagi penyenaraian peserta E Kasih atau SPKR , akan melalui mesyuarat JK itu dahulu sebelum dibawa dalam mesyuarat Fokus Group peringkat daerah .

Pengerusi JKKK atau Ketua Kampung perlu mengadakan saringan awal pemohon dan memperakuinya dalam mesyuarat di peringkat mukim , sebagai satu keyakinan kerajaan kepada kemampuan mereka di peringkat akar umbi .

Katanya , tidak timbul lagi adanya keluh kesah dikalangan pengerusi JKKK bahawa mereka tidak mengetahui senarai E kasih atau SPLR di kampong masing-masing kerana mereka lah orang yang pertama menyiasat , menyaring dan memperakukan samada menerima atau penolak pemohonan dari kalangan mereka yang miskin .

Pengerusi perlu mengambil kira pendapatan isi rumah (PIR) yang kurang dari RM 420 sebulan atau pendapat perkapita satu keluarga yang kurang dari RM 100 sebulan , sebelum boleh di pertimbangkan untuk disenaraikan dalam daftar E Kasih .

Ketelusan di perlukan dalam menyediakan maklumat yang perlu dihantar ke peringkat daerah dan keputusan penyaringan didaerah , adalah keputusan muktamad yang akan dimajukan keperingkat negeri .