Thursday, June 18, 2009

TERIMA KASIH DATO KAMIL



BAGI Puan salbiah Kidam , 70 dari Kampung Mantai , Gemencheh tiada yang lebih mengembirakan hatinya selain menerima rombongan wakil rakyatnya Dato Mohd Kamil A Aziz , yang meninjau keadaan rumahnya yang diberitakan uzur .

Lawatan singkat bersama-sama Penghulu dan sebilangan kontraktor itu setidak-tidak memberikan ruang kepada beliau untuk meluahkan isi hatinya kepada wakil rakyat .

Banyak bantuan yang diberikan kerajaan kepada beliau termasuk membina sebuah rumah PPRT untuk anaknya , tetapi keadaan rumah beliau perlu dibaiki juga .

Menurut Dato Kamil , kerajaan amat prihatin dengan nasib mereka yang benar-benar miskin dan usaha telah dijalankan bagi membaiki rumah Puan Salbiah .

Apa yang perlu ialah Puan Salbiah harus bersbar kerana ianya memerlukan masa dan peruntukan .

Dalam kunjungan itu juga Puan Salbiah menerima sumbangan dari YB bagi meringankan beban beliau dan beliau merakamkan ucapan terima kasih .

Menurutnya , wakil rakyat yang prihatin adalah wakil rakyat yang menjadi pilihannya .

FAIL PROFAIL KAMPONG



SUSAH sangat ke nak sediakan ptofail kampung sendiri sedangkan kita tinggal dikampung itu juga ?

Tak kan maklumat penduduk , keluasan kawasan , jenis tanaman , kegiatan ekonomi , senarai penduduk yang berjaya dan miskin dan segala maklumat lain yang perlu da disesebuah kampung , pun tak dapat nak sediakan .

Bila nak jawatan Ketua Kampung atau ahli JKKK bukan main kuat lagi melobi tetapi bila disuruh sikit buat kerja , mulalah merungut .

Nasib baiklah , ketua kampung di tampin tak termasuk dalam ketegori itu , hampir 100 peratus ada profail kampung masing-msing , cuma hebat ke tidak .

Ada tu setebal buku profail kampung masing-msing termasuk gambar dan keterangan multimedia tetapi tidak kurang juga yang hanya ada sehelai kertas saja .

Bila diminta oleh pemimpin tempatan dan masyarkat sekitar , mula lah tercari-cari dibawah katil , belakang almari dn sebagainya .

baru-baru ini beberapa pengerusi dan setiusaha JKKK telah mengikuti kursus mengadakan profail kampung .

Bagus , ramai yang mengikutinya dan diharap akan ada satu sistem pofail yang cukup lengkap untuk kampung-kampung didaeah in .

Tahniah dari Tok Nal kepada mereka yang mengikuti kursus itu , moga ianya memberikan banyak kebaikan kepada mereka .

Kepad pengerusi dan setiausaha JKKK yang baru , kursus di infra menanti mereka dalam memperkemaskan diri menjadi ketu kampung yang berkaliber .