Monday, May 17, 2010

PROGRAM AMAL BAKTI


Program Amal Bakti 1 Malaysia anjuran beberapa jabatan kerajaan di daerah ini berjalan lancar di mana Dato Zainab Nasir mewakili Dato Shaziman Abu Mansor telah hadir untuk menutup program dua hari itu .

Banyak acara yang dijalankan termasuk menyampaikan bantuan , sukaneka , memberikan bekalan anak ikan , membaiki rumah dan juga mewujudkan silatulrahim antara orang asli Pondoi dan Tebong Pasir .

Acara yang diadakan amat meriah dan Batin Kuna telah meberikan sambutan yang baik kepada semua yang hadir .

Tahniah semoga majlis saperti ini sentiasa diadakan dari masa kesemasa .





MAJLIS MENDENGAR PERMASALAHAN RAKYAT KG SUNGAI JERNIH




Majlis mendengatr permasalahan rakyat Kg Sungai Jernih , Gemencheh diadakan jumaat 14 Mei yang lalu .

Sambutan penduduk kampung amat baik dimana kitra-kira 50 orang hadir mankala ketua jabatan dan wakilnya kira-kira 15 orang .

Sementara masalah yang diajukan dalam majlis itu berjumlah 51 kesemuanya , tetapi kebanyakan masalah itu berklisar pada masalahan longkang , bekalan air dan Risda .

Tok Nal yang mempengerusikan majlis petang itu pening kepala juga kerana ada soalan tu macam serupa aje dan ditanya berulang-ulang kali .

Walaupun begitu kehadiran Encik Shamsudin Adam yang juga penduduk kampung itu dapat melicinkan lagi perjalanan pada petang tersebut .