Wednesday, January 1, 2014

HARI PERTAMA KUDIN DI ASRAMA TMS

Kudin sendiri mengisi borang kemasukannya

Bersama dengan anak sepupu Tok Nal Zul dari Palong

Menikmati jamuan di dewan selera asrama TMS

Kasih sayang Ibu dan Anak

Mengemas tempat tidur dengan dibantu ibu dan kakak

Langkah bergaya Kudin menuju asrama TMS
 
Gaya salepas mendaftar masuk

HARI INI  , Kudin anak bongsu Tok Nal akan memulakan hidup baru diasrama putra Tunku Muhammad School (TMS) , semoga Kudin boleh menyesuaikan dirinya dengan cepat  dengan kehidupan diasrama .

Tok Nal bersama Isteri dan kakak Kudin VV bersama-sama menghantar Kudin mendaftar memasuki asrama petang tadi .

Kudin kelihatan sadikit gementar tetapi gembira dengan suasana baru dan Tok Nal berharap , ianya satu permulaan untuk kejayaan masa depan Kudin .

Rasa rindu pasti ada tetapi kejayaan untuk masa depan lebih penting berbanding melayani rasa yang tentunya tidak ada penghujungnya itu .

Mudah-mudahan Kudin berjaya menjadi saorang yang berdisiplin dan bermotivasi tinggi hasil didikan asrama .


TOK NAL - teringat masa duduk di asrama IPM tahun 1987 dulu .