Sunday, September 27, 2009

HARI RAYA KUDIN MERIAH








TERSENTUH Tok Nal bila terima mesej dari Encik Mohd Nasarudin Mahmud , Timbalan Ketua Umno bahagian Tampin yang menjemput Tok sekeluarga ke rumah beliau dikampung untuk jamuan hari raya .

Modal SMS tu mungkin beberapa sen sahaja tetapi kesannya amat mendalam kerana orang no 2 dalam bahagian sudi melayangkan SMS menjemput Tok Nal .
Bagi Tok Nal , pelawaan yang baik mesti disambut dan tidak ada pilih kasih dalam membentuk pershabatan .
Harap lepas ini tiada yang berkata Tok Nal tak ngam dengan Kudin atau Kudin tak selesa dengan Tok Nal .
Sebagai Penghulu Mukim , Tok Nal sama saja dengan semua , baik yang berjawatan atau tidak .
Jadi atas kesempatan ini , biarlah Tok Nal mohon maaf jika ada kesilapan terutamanya pada Kudin .
Terima kasih atas jemputan , dan Tok Nal mengharga jemputan ini , ramai yang Tok Nal lihat hadir , dari pemimpin politik , kakitangan tinggi kerajaan sampaikan orang kampung .
Tahniah lah ...

TS MUHYIDDIN DAN IAM

MASA Tok Nal bertugas di Pontian , Tok Nal mengikuti kursus sebagai wartawan / pemberita / stringer dengan ramai tokoh kewartawanan terkenal .

Pak Samad Ismail , Pak samad Said , Pak Sako , A Kadir Jasin , Ahmad Nazri Abdullah , Ahmad Sebi , Hishamudin Aun , Tiger dan ramai lagi .

Kursus dinajurkan oleh Institut Akhbar Malaysia dan kalau tak silap , pengerusinya Datuk A Kadir Jasin sendiri .

Paling tinggi Tok Nal diarahkan buat repot ialah TPM DS Anwar Ibrahim dan Tun Ghafar Baba, tapi itu pun dah OK kerana ada pemberita tu setakat berita kampung aje .

Tan Sri Muhyiddin masa tu jadi MB Johor dan majlis penyampaian sijil di buat di Saujana JB .


Tu yang buat Tok Nal bangga kerana selain diajar ilmu menulis pemberitaan dan rencana , bagaimana nak buat liputan dan juga mengenal isi berita yang bernilai dalam dunia kewartawanan .

Susah nak tulis berita yang bernilai tapi tak susah kalau dah tahu bagaimana nak menilainya .

Ramai kawan Tok Nal yang dah berjaya dalam bidang ini tetapi kerana Tok Nal bukan berezekikan bidang ini sebagai sumber pendapatan , jadilah Tok Nal wartawan cabuk aje .

Setakat tulis blog sendiri aje lah .


Walaupun begitu , besar maknanya pada Tok Nal kerana ada juga yang baca .

Sekurang-kurangnya dapat berkongsi sadikit peristiwa .

Jadi lah ..