Wednesday, July 27, 2011

MESYUARAT AGUNG PERSATUAN KETUA KAMPUNG TAMPIN

TOK Nal nak ucapkan tahniah kepada persatuan ketua kampung daerah Tampin yang berjaya mengadakan mesyuarat agung persatuan mereka di Pejabat Daerah dan Tanah Kecil Gemas petang semalam .

Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) Encik Zahirin Adnan merasmikan mesyuarat agung itu mewakili  Pegawai Daerah Tuan Haji Razali Bakar .

Antara lain , Encik Zahirin mengingatkan ketua-ketua kampung supaya menjalankan tugas dengan jujur , beramanah dan beretika selain bekerja keras sebagai mata dan telinga kerajaan .

Katanya , ketua kampung menjadi penggerak utama pembangunan di peringkat kampung dan wajar jika ketua kampung mengutmakan intergriti masing-masing .

Beliau mengingatkan bahawa amanah sebagai ketua kampung adalah satu tangungjawab yang mesti ditunaikan dan dilaksanakan dengan penuh berhemah selain tanggungjawab terhadap diri sendiri .

Katanya , kerajaan sentiasa peka dengan kebajikan ketua kampung dan sering memberikan perhatian kepada kebajikan mereka .

Beliau berkata , pentadbiran daerah sendiri sentiasa merancang untuk mempertingkatkan ilmu dan jati diri ketua kampung dengan menganjurkan kursus dan latihan dalam usaha melahirkan ketua kampung yang berwibawa .

Hadir sama dalam majlis itu ialah Penolong Pegawai Daerah Kecil Gemas Encik Khatib , Penghulu Khalid dan wakil persatuan ketua kampung Negeri Sembilan .

Tok Nal yang hadir sama merakamkan ucapan terima kasih atas keprihatinan ketua kampung dan kesanggupan mereka menunaikan tanggungjawab dan amanah kepada bangasa dan agama .