Wednesday, July 13, 2011

NASIHAT YTM TUNKU BESAR TAMPIN

SEMASA di majlis YTM Tunku Besar Tampin bersama asnaf fakir dan miskin menjelang ramadhan al mubarak di dewan Pejabat Agama Islam Tampin pagi ini , Tunku Syed Razman Bin Tunku Syed Idrus Al Qadri bersabda menasihatkan fakir miskin yang menerima bantauan dari Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains) supaya mengamalkan budaya yang sesuai dengan taraf ekonomi mereka dan bukannya untuk menunjuk-nunjuk dan berbuat sesuatu yang tidak sesuai dengan taraf mereka .

Mengambil contoh , YTM bersabda , ada penerima dan juga mereka yang memohon bantuan Mains memasang saluran astro dirumah masing-masing sedangkan saluran itu berbayar dan wang sewa boleh digunakan untuk tujuan lain .

Menurut YTM , mereka perlu paham bahawa bantuan diberikan kerana keadaan mereka yang fakir dan miskin , jadi membayar kepada sesuatu keperluan yang mengatasi kedudukan kewangan mereka amat tidak sesuai sekali .

YTM meminta supaya mereka jujur dan tidak menjadikan kemiskinan sebagai alasan sedangkan mereka mampu untuk membayar sewa astro sahingga RM 80 sebulan .

Fakir miskin dari kariah masjid dalam kawasan Tampin menerima bantuan kewangan dalam majlis itu .

Tok Nal rasa nasihat YTM memang wajar diambil perhatian kerana ada fakir miskin yang bukan sahaja menggunakan wang yang ada untuk membayar bil astro malahan memiliki sahingga dua talifon bimbit saorang .

Bagi mereka ini satu keperluan semasa dan memohon bantuan kepada Mains dan kerajaan atas alasan miskin sedangkan mereka mampu untuk membayar segala keperluan mewah yang lain .

Jika ada yang sebegitu , Tok Nal cadangkan supaya permohonan mereka dihentikan sahaja atau yang baru memohon di tolak kerana mereka mengutamakan kepentingan yang tidak utama sahingga menjadikan mereka miskin .



Tok Nal - biar miskin harta agar kaya budi .

No comments: