Monday, April 12, 2010

MAJLIS MENDENGAR PERMASALAAHAN RAKYAT

MAJLIS MENDENGAR PERMASALAAHAN RAKYAT DAERAH TAMPIN BAGI KAMPUNG GEMENCHEH LAMA TELAH DIADAKAN PADA 08.04.2010 JAM 3.00 PETANG BERTEMPAT DI BALAI RAYA GEMENCHEH LAMA.

DALAM MAJLIS TERSEBUT ENCIK ANIRWAN FAUZEE BIN MOHD AINI TELAH HADIR MEWAKILI TUAN PEGAWAI DAERAH TUAN RAZALI BIN BAKAR YANG TIDAK DAPAT HADIR KERANA PERKARA YANG TIDAK DAPAT DIELAKAN.

DIDALAM MAJLIS TERSEBUT TURUT DIHADIRI OLEH JURUTERA JKR DAERAH, ENCIK MOHD NOR BIN KARIM, PUAN KAMARIAH BINTI ZAKARIA WAKIL DARIPADA JABATAN VATERINA TAMPIN, PUAN NOR AZIZAH BINTI YUSOF, DARI PEJABAT PERTANIAN TAMPIN, ENCIK MOHD SAIDI BIN MOHD SHARIF, KETUA PEGAWAI RELA DAERAH, ENCIK ROSLAN BIN ZAKARIA DARI PEJABAT KESIHATAN DAN MOHD ASRUL NIZAM BIN KASSIM YANG MEWAKILI JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT.

BANYAK SOALAN TELAH DIAJUKAN KEPADA WAKIL-WAKIL BERKENAAN. BERGITU JUGA SOALAN KEPADA WAKIL YANG TIDAK HADIR PADA MAJLIS INI.

PENDUDUK KAMPUNG BERHARAP SEGALA PERMASALAAHAN BERKENAAN DAPAT DIAMBIL TINDAKAN SEGERA SUPAYA IA TIDAK AKAN BERBANGKIT DIMASA AKAN DATANG.

( copy dari blog gemenchehlama.blogspot.com )

BRAVO HOBIN JANG HOBIN !!!!

Tok Nal hanya pergi separuh jalan kerana ketiadaan tiket dan pergi pulak sorang-sorang , akhirnya pusing dan menonton melalui TV sahaja .

Apa pun yang nak di perkatakan , keputusan nya pasukan rusa NSDK tetap menang dan menjadi johan piala FA .

Menang dengan sepakan penalti pun menang juga tetapi satu peristiwa yang patut menjadi pengajaran kepada kita ialah : JANGAN TERLALU BERLAGAK WALAUPUN KEMENANGAN SUDAH ADA DIDEPAN MATA .

Nasib pasukan hobin jang hobin macam dah ruyup apabila sepakan Zakuan Adha dapat ditampan penjaga gol Kedah , kemudian apabila kesilapan memilih penyepak yang kurang berpengelaman , menyebabkan pasukan NS sekali lagi tinggal nyawa-nyawa ikan .

Jika sepakan terakhir tidak diambil oleh penjaga gol Kedah , yang kelihatan amat yakin dan sadikit koyok , nasib pasukan NS mungkin tidak sebaik malam itu .

Apa-apa pun , Tok Nal ucapan tahniah kepada semua pihak yang membantu pasukan NS menang termasuk kepada MB yang begitu setia menemani pasukan paling bergaya musim ini .


Gambar hiasan – salah sebuah kenderaan pasukan penyokong NS yang sekeluarga berbaju kuning ke stadium nasional Bukit Jalil malam itu .

PEMADAM TAMPIN

PEMADAM JANGAN PADAM


Mesyuarat agung Pemadam Tampin mungkin tidak semeriah mesyuarat agung pertubuhan bukan kerajaan lain kerana tidak banyak daya penarik didalamnya kecuali kesedian ahlinya berkhidmat secara sukarela tetapi jika kehadiran ahli dan AJK nya terlalu kecil , usaha perlu dicari bagi menarik minat mereka menghadiri mesyuarat .

Mesyuarat yang diadakan di dewan Majlis Bandaran Tampin ahad lalu disertai oleh kira-kira 50 ahli dimana hampir separuh AJK nya tidak hadir .

Pemadam Tampin mempunyai 1800 ahli dimana 200 daripadanya adalah ahli tetap atau ahli seumur hidup tetapi hampir 70 peratus daripada keseluruhan ahlinya adalah tidak aktif dan tidak memperbaharui keahlian mereka .

Keadaan itu membimbangkan selain rata-rata kebanyakan ahlinya adalah gulungan warga emas yang memang tidak mempunyai banyak masalah berkaitan dengan penyalahgunaan dadah .

Walau pun begitu , YB Dato Mohd Kamil A Aziz wakil rakyat Gemencheh menyatakan persetujuan untuk menyumbang peruntukan RM 2,500 bagi menampung perbelanjaan pengurusan dan aktibiti pertubuhan itu .

Dato Kamil juga meminta supaya satu bengkel membabitkan ahli pemadam , jabatan-jabatan kerajaan dan ngo’s lain bagi menilai dan mengkaji senerio penagihan dadah di daerah ini .

Dengan cara itu , akan dapat membantu Pemadam merancang aktibiti yang sesuai dan bermanfaat sesuai dengan matlamat penubuhan .

Pemadam harus merancang aktibiti yang sesuai dengan keperluan pencegahan dadah dan tidak menjalankan tanggungjawabnya sekadar syok sendiri sahaja .

Gambar-gambar sekitar mesyuarat agung pemadam Tampin