Tuesday, October 18, 2011

KURSUS PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN KAMPUNG

INI bukan kursus yang pertama kepada ketua-ketua kampung Tampin kerana sebahagian daripadanya telah mengikuti kursus yang sama di Institut Kemajuan Desa atau Infra beberapa tahun yang lalu .


Masa tu Tok Nal yang menjadi pegawai pengiringnya tetapi kursus di MITC kali ini dilaksanakan oleh Infra bersama-sama dengan ketua kampung dari daerah Kuala Pilah .


Mana-mana yang baru dan belum cukup ilmu didada , eloklah ambil perhatian kepada isi kandungan kursus ini kerana ianya boleh membantu mereka menunaikan tanggungjawab sebagai ketua kampung .


Jangan nanti bila berlaku kesilapan atau kecuaian menyalahkan pihak lain dan memberikan alasan tidak tahu kerana kursus telah diadakan , belanja telah dikeluar dan terpulanglah kepada ketua kampung untuk memanfaatkan ilmu yang di perolihi .


Jangan ada yang ponteng kelas atau tidak membuat apa yang diminta saperti menyediakan profail kampung , menyediakan minit mesyuarat mengikut format yang disediakan dan juga merancang projek yang memberikam impak yang besar kepada kampung mereka , bukan kepada mereka atau kaum keluarga mereka sahaja .


Ada dua atau tiga ketua kampung yang Tok Nal periksa senarai agak culas , buat banyak alasan untuk tidak hadir atau menghantar wakil .


Jika tak mahu menunaikan tanggungjawab eloklah difikirkan masak-masak tanggungjawab yang diamanah kepada mereka jangan jadikan amanah itu sebagai penghalang untuk mereka menerima anugerah Allah di surga nanti .


Tok Nal harap salepas ini akan ada perubahan kepada kepimpinan ketua kampung dan tidak lah lagi ada ketua kampung yang hanya tahu menyalahkan orang dan malas nak buat kerja walaupun rajin dan sering marah-marah bila elaun lambat .


Tugas dan tanggungjawab ketua kampung sama pentingnya dengan tugas dan tanggungjawab pemimpin akar umbi yang lain dan satul agi Tok Nal nak ingatkan , pandai-pandailah jaga lopak sendiri , jangan cuba cerobohi lopak orang lain atas alasan ketua kampung .


Ketua kampung bukan lesen untuk berbuat begitu .

Tuesday, October 11, 2011

MALU BETOI......

Malu Tok Nal bila berkunjung ke salah satu JKKK untuk dibuat penilaian Anugerah Desa Cemerlang 2011 kerana maklumat yang dibentangkan bukannya kemajuan JKKK itu sebaliknya satu serangan kepada organisasi yang lain , kata mudahnya  menyalahkan pihak lain atas kegagalan sendiri .


Sudah lah yang hadir cuma pengerusi dan setiausaha JKKK , tambah dua lagi makcik yang entah dari mana , pulak tu datang lambat , semua panel hakim dah tiba tetapi balairaya masih berkunci , masih boleh diterima oleh panel hakim tetapi apabila serangan dimulakan kepada badan yang lain atas alasan nak bercakap terus terang , maka jadi lah majlis itu tempat meluahkan rasa geram .


Tok Nal rasa nak geram pun ada , rasa nak marah pun ada tapi yang paling banyak ialah rasa geli hati sebab terfikir , layak ke mereka ini menjadi pemimpin dikampung mereka kalau kepimpinan mereka tidak diterima orang ramai .


Mereka mengakui bahawa sambutan kepada majlis yang JKKK anjurkan tidak memberansangkan , bayangkanlah perjumpaan dengan ketua-ketua jabatan daerah cuma 15 orang penduduk yang datang dan majlis bersama aadk pulak sekitar 15 orang , sementara  barisan JKKK sekerat dua aje yang hadir , itu tandanya ada yang tidak betul pada kepimpinan JKKK disitu .


Tok Nal tak nak menamakan JKKK itu , buat malu aje dan lagi pun menepuk air didulang , terpercik kemuka sendiri , tapi sebagai Penghulu Mukim , Tok Nal rasa , lain kali kalau nak buat perlantikan pengerusi JKKK tu , minta-minta lah pandangan Penghulu .


Kok itu pilihan yang salah , kita betulkan sama-sama ini tidak lansung tak diajak berunding , pasal itu lah jadi teruk , macam mesyuarat budak tadika .


Tok Nal nak katakan , tidak sehebat mana menjadi Ketua Kampung atau Pengerusi JKKK kalau kepimpinan kita tidak diterima orang , syok sendiri aje , suka sama kumpulan sendiri , sendiri buat majlis , sendiri berucap , sendiri bertepuk dan sendiri makan .


Pada JKKK yang lain , Tok Nal harap ambiklah iktibar dari kejadian itu , jangan berulang ditempat sendiri , berkokok dalam gelanggang sendiri pun tak ada yang sahut , maknanya , kepimpinan itu tak berkualiti lah , tukar dengan yang lain .


Balik dari menunakan haji nanti Tok Nal harap Tok Din dapat betulkan anak buahnya yang syok sendiri buat kerja tapi lansung tak dipedulikan orang , apa lagi dihargai orang ramai , tetapi pandai pula cari helah untuk menutup kelemahan sendiri .


Pengerusi JKKK dan setiausahanya pun macam tak ngam , apa lagi dengan orang ramai .




Kalau nak tahu juga , boleh call Tok Nal