Wednesday, November 11, 2009

UCAPAN UJANG MEMUKAU





TOK Nal jarang dapat mendengar Shamsudin Adam @ Ujang , Setiausaha Sulit kepada menteri Kerja Raya Dato Shaziman Abu Mansor berucap dalam majlis , tetapi ucapan Ujang semasa majlis penilaian Anugerah Desa Cemerlang ( ADC) peringkat negeri di Kg Tengah , semalam memukau para hadirin .

Tidak cukup dengan pujian yang dilemparkannya kepada Pengerusi JKKK Tok Jo , Ujang juga memuji kepimpinan kampung itu yang sentiasa peka dengan kehendak penduduk setempat dan juga pemimpin tempatan yang lain .

Katanya , Kg Tengah bakal menjadi contoh kepada JKKK dalam daerah Tampin dan wajar dijadikan sebagai bench mark dan KPI dalam menilai pencapaian JKKK didaerah ini .

Ucapan selama kira-kira 15 minit itu disulami dengan gaya bahasa yang indah , teratur serta lancar bukan sahaja memukau penduduk Kg Tengah tetapi juga panel hakim yang datang untuk membuat penilaian .
Ramai panel yang memuji ucapan Ujang dan ada diantaranya menyifatkan ucapan itu sebagai bonus khas untuk penduduk Kg Tengah bagi memperolihi mata kemenangan mereka dalam ADC kali ini .

Tok Nal bangga , kerana Ujang begitu berjaya menyampaikan ucapan dan mempengaruhi hadirin sahingga kan mereka mendengar nya dengan penuh minat
Bravo Ujang ......

KLINIK DESA TERBAKAR







5000 penduduk di Felda Bukit Rokan , Gemencheh kehilangan klinik desa tempat dimana mereka mendapatkan rawatan dalam satu kebakaran yang memusnahkan sama sekali bangunan klinik itu beberapa malam yang lalu .

Walau pun begitu , beberapa usaha telah diambil bagi menyediakan bangunan baru klinik desa untuk kemudahan orang ramai terutamanya ibu mengandung dan kanak-kanak bagi mendapatkan rawatan kesihatan dimana balairaya lama JKKK FBR akan di baik pulih bagi tujuan tersebut .
Bangunan tersebut asalnya sebuah balairaya lama yang sudah diubahsuai untuk dijadikan Pusat Jalur Lebar dibawah KTAK tetapi memandangkan peruntukan untuk pembekalan komputer belum dilaksanakan lagi , bangunan itu boleh digunakan sementara untuk tujuan tersebut .

Wakil Rakyat Gemencheh , Pengarah Kesihatan Negeri serta Ketua Penolong Pegawai Daerah (pembangunan ) Tampin bersama-sama dalam lawatan meninjau kebakaran klinik dan mengadakan perbincangan kecil bagi menyediakan kemudahan klikik desa sementara itu .

Penduduk setempat tidak perlu bimbang kerana kerajaan sentiasa peka dengan kehendak dan masalah mereka serta sentiasa berusaha bagi memberikan kemudahan yang setanding di tempat mereka .

Tok Nal nak ucapakan tahniah kepada semua pemimpin termasuk Pengerusi JKKK FBR yang sentiasa berusaha tanpa mengenal jemu untuk membantu rakyat sesuai dengan slogan , rakyat didahulukan ,pencapaian diutamakan .
Pemimpin saperti ini lah yang menjadi taruhkan negara kita dimasa hadapan .