Wednesday, February 10, 2010

ADUAN AWAM

JIKA ada sebarang aduan terutamanya yang berkaitan dengan kerajaan , sila lah salurkan aduan tersebut mengikut saluran yang betul dan tepat supaya mudah untuk diambil tindakan .

Mengadu kepada pihak yang tidak sepatutnya bukan sahaja menyukarkan aduan itu diselesaikan dengan segera tetapi juga boleh menimbulkan banyak masalah lain yang kadang kala tidak berkaitan lansung dengan aduan yang dibuat .

Telah ada kencenderungan pihak tertentu untuk mengambil kesempatan dengan mengemukakan aduan bagi pihakorang laindengan tujuan yang tidak sihat .

Bagi tindakan pejabat daerah , sila salurkan aduan tuan kepada Tok Nal sendiri , manakala bagi tindakan Pejabat Tanah , hubungi SO Zol Musa .

Jika di MDT , hubungi unit aduannya atau Encik Othman Menhart dan bagi jabatan-jabatan tertentu , sila mengadu terus kepada jabatan terbabit .

Setiap aduan akan dilayan dan tindakan menyelesaikannya akan diambil , dan penyelesaiaan bergantung kepada jenis dan bentuk aduan itu sendiri .

Sistem Pengaduan Awam Negeri Sembilan (SPANS) boleh juga diguna pakai untuk menyalurkan aduan tuan kerana sistem ini di pantau oleh Unit Aduan Awam Kerajaan Negeri .

Kepada JKKK , gunakan saluran mesyuarat JKKK masing-masing dalam mengemukan aduan tersebut .

Monday, February 8, 2010

ECHAH

Kucing kesayangan anak-anak Echah telah beranak baru-baru ini .

Beranak tiga ekor , saekor mati dan dua ekor lagi masih hidup , saekor jantan dan saekor betina .

Comel anak-anak Echah , asalnya Echah ini dari Istana Besar Seri Menanti , kucing kacukan siam dengan tempatan .

Anak Echah pulak , kacukan siam - tempatan dan tempatan .

Lihat lah comelnya anak-anak Echah .

Thursday, February 4, 2010

TEGURAN TOK DIN

TOK Din , Pengerusi Persatuan Ketua Kampung Tampin minta semua Pengerusi JKKK / Ketua Kampung termasuk kampung baru memberikan keutamaan kepada program yang dianjurkan oleh kerajaan .

Mereka patut hadir dalam aktibiti yang dianjurkan kerajaan bila mendapat jemputan dan sekiranya tidak dapat hadir , harus lah menghantar pengganti yang terdiri daripada setiausaha atau Ajk JKKK masing-masing .

Kata Tok Din , jika tidak , Pengerusi JKKK / Ketua kampung terbabit akan ketinggalan maklumat kerana program yang diadakan kerajaan bukan sekadar untuk suka-suka sebaliknya adalah sebagai salah cara kerajaan menyalurkan maklumat kepada pemimpin di peringkat akar umbi .

Walaupun ketidakhadiran Pengerusi JKKK / Ketua Kampung belum mencapai tahap serius , tetapi jika dibiarkan boleh menyebabkan usaha kerajaan menyalurkan maklumat melalui program yang diadakan , tidak akan tercapai .

Sebagai Pengerusi Ketua kampung Tampin , beliau bertanggungjawab menjaga tingkah laku Pengerusi JKKK / Ketua Kampung dalam daerah ini dan teguran ini wajar memandangkan Pengerusi JKKK / Ketua Kampung adalah pemimpin utama di peringkat kampung .

Tok Nal sokong penuh teguran Tok Din ini dan teguran itu wajar di berikan perhatian serius supaya peranan Pengerusi JKKK / Ketua Kampung sentiasa dipandang mulia oleh setiap anggota masyarakat  .

Pengerusi JKKK / Ketua Kampung Baru juga tertaklok kepada teguran Tok Din itu .

Wednesday, February 3, 2010

BELIA HARAPAN BANGSA

gambar hiasan

BUKAN nak masuk campur tapi kalau dah wujud kecelaruan , elok rasanya Tok Nal bagi pandangan sikit .

Belia adalah generasi pelapis masa depan , mereka lah bakal pemimpin yang akan menentukan hala tuju negara ini .

Kalau belianya rosak , atau tersalah arah , maknanya masa depan negara jadi gelap dan harapan untuk melihat kemajuan , akan jadi hancur .

Jadi jika ada masalah , macam di satu kampung di Gemencheh ( Tok Nal sengaja rahsiakan nama kampung ) , eloklah dicari jalan penyelesaianya .

Jangan berebut-rebut nak tubuh persatuan belia semata-mata kerana nak jadi pemimpin sebaliknya pimpinlah persatuan sedia ada dengan harapan untuk membentuk bakat kepimpinan bagi menerajui negara .

Elok jika satu kampung ada satu persatuan belia sahaja kerana jika dibiarkan terlalu banyak persatuan , boleh menimbulkan perpecahan dikalangan belia itu sendiri .

Minta pandangan pemimpin setempat , wakil rakyat dan JKKK termasuk mengadakan perbincangan secara menyeluruh , sebelum keputusan untuk menubuhkan lagi satu persatuan belia diambil .

Ini pandangan Tok Nal aje , kalau nak ikut , ikut lah , kalau tidak , tepuk dada tanya selera .

Jika nak minta  Tok Nal sama-sama tolong settlekan , call lah .

Monday, February 1, 2010

SIASATAN ADUAN AWAM

TOK Nal bersama dengan Penolong Pegawai Petempatan, Pejabat Tanah Tampin Encik Firdaus dan Ketua Kampung Batang Rokan Tok Din meninjau keadaan tanah yang di pohon oleh penduduk untuk dijadikan jalan kampong .

Permohonan pertama ialah membina satu jalan baru , bagi kemudahan pemilik tanah ke kebun mereka melalui estet dimana jalan ladang sedia ada yang dimiliki pihak estet , telah dipagar .

Dicadangkan supaya akta pengambilan balik tanah diguna pakai untuk tujuan itu dan kos sedang ditaksirkan oleh SO untuk pertimbangan kerajaan .

Jika bersesuaian dan kosnya tidak terlalu tinggi serta di persetujui Kerajaan Negeri , cadangan itu akan dilaksanakan dan jika tidak , jalan alternatif lain akan di pertimbangkan .

Begitu juga rezab jalan yang diguna pakai oleh pemilik tanah bersebelahan dengan rizab itu dan dipagar untuk tujuan keselamatan kebunnya .

Menurut Tok Din perbincangan dengan pemilik tanah sebelahan rizab itu telah diadakan dan pemilik itu bersetuju untuk membuka pintu pagar tersebut apabila di minta oleh penduduk kampong .

Tok Nal beranggapan bahawa isu itu selesai dan kerjasama JKKK Kg Batang Rokan dipohon bagi memaklumkan kepada orang ramai berhubung kedudukan dua isu dalam aduan awam tersebut .

Wednesday, January 27, 2010

PROGRAM BICARA SUFI

TOK Nal baru terima jemputan daripada Pejabat Mufti Negeri Sembilan berhubung dengan program Bicara Sufi yang akan diadakan pada 21 Safar 1431 H bersamaan 6 Februari 2010 di Balai Kediaman Rasmi , Tunku Besar Tampin bermula jam 7.00 petang .

Umat Islam disekitar daerah ini dijemput hadir sama dimana YTM Dato Undang juga dijangka akan hadir sama .

Jangan lepaskan peluang untuk hadir dalam majlis ilmu ini setidak-tidaknya dapat menambahkan ilmu keagamaan  di dada masing-masing .

Kehadiran orang ramai amat dialu-alukan dan di pohon supaya orang ramai memakai pakaian kebangsaan ke majlis tersebut .

Sila lah hadir .

Tuesday, January 26, 2010

MESYUARAT JKKK

TOK Nal agak keciwa sikit bila ada JKKK dibawah kepimpinan Tok Nal yang agak keras kepala .

Sudah berbuih mulut beri arahan supaya adakan mesyuarat JKKK di kampung masing-masing ,  takwin mesyuarat pun dah hantar , tapi tak di apik kan .

Ada saja alasan di berikan , masa tak sesuai lah , tak jumpa tarikh lagi , tunggu kelulusan permohonan pertukaran AJK dan bermacam-macam lagi .

Ingatan secara lisan dah diberikan , lapuran bulanan ke Kerajaan Negeri dah dibuat , makluman kepada YB juga dah di panjangkan , namun yang masih tak nak buat mesyuarat , tetap macam tu juga .

Tak tahu apa sebab sebenarnya tapi apa pun alasanya , mesyuarat JKKK mesti diadakan, bagaimana permohonan peruntukan pembangunan berlambak-lambak dihantar kepada Tok Nal jika satu pun tidak diluluskan dalam mesyuarat JKKK .

Tok Nal mohon , buatlah mesyuarat JKKK saperti yang diarahkan kerajaan negeri supaya semangat Satu Malaysia , rakyat didahulukan , pencapaikan diutamakan dapat di aplikasikan .

Jangan susahkan pemimpin kita untuk menyelesaikan masalah yang kita wujudkan sendiri .

Thursday, January 21, 2010

MAAL HIJRAH PERINGKAT DAERAH

PADA 18 Februari 2010 ini , hari khamis malam jumaat jam 8.30 malam  , majlis sambutan Maal Hijrah peringkat daerah Tampin akan diadakan di dewan As-Syatibi , Institut Tahfiz Al Quran (ITQAN) ,  Gemencheh .

Orang ramai di pelawa hadir ke majlis itu dimana ceramah agama turut diadakan selain penganugerahan kepada nazir , imam , masjid dan juga tokoh maal hijrah daerah .

Jangan lepaskan peluang ini untuk menambahkan ilmu disamping memeriahkan majlis sambutan tahun baru Islam .

SELAMAT DATANG TUAN RAZALI BAKAR

BAGAI sirih pulang ke gagang .

Begitulah bidalan alu-aluan kedatangan Tuan Razali Bin Bakar , bekas KPPD Gemas dan Tampin yang menjawat jawatan Pegawai Daerah bermula 18 Januari lalu .

Beliau pernah menjadi KPPD (pembangunan) di PDT Tampin dan kemudian sebagai Timbalan Pentadbir Tanah di Jelebu sebelum menjawata jawatan KPPD ( daerah Kecil Gemas ).

Baru-baru ini , beliau diarahkan menjadi DO di Pejabat Daerah dan Tanah Tampin dan ini adalah satu amanah yang amat besar kepada Tuan Razali .

Rakyat menaruh harapan tinggi kepada beliau berdasarkan pengelaman luasnya di daerah ini dan semoga Tuan Razali dapat menjalankan tugas dengan cemerlang .

Amin ..

Wednesday, January 20, 2010

ARAHAN PENTADBIRAN KEPADA JKKK MUKIM GEMENCHEH


DATO Ketua Kampung Mukim Gemencheh .

Sila bina laman web JKKK masing-masing atau sekurang-kurangnya blog bagi setiap JKKK .

Jika perlukan bantuan Tok Nal untuk mendaftarkan blog masing-masing , sila hubungi Tok Nal di Pejabat Daerah Tampin .

Ini KPI Dato - Dato semua , dan arahan pentadbiran ini selari dengan arahan YB Adun Gemencheh Dato Mohd Kamil A Aziz .

Laman web atau blog itu hendaklah memaparkan kegiatan JKKK terutamanya pergerakan Ketua Kampung sendiri supaya anak buah di kampung masing-masing dan di luar kampung dapat mengetahui apa yang dirancang , di laksana serta siapa ketua kampung mereka .

Tidak cukup jika hanya AJK JKKK sahaja yang mengetahui aktibiti JKKK , rakyat lain juga wajar di beritahu dan dimaklumkan .

Projek-projek pembangunan yang akan dan telah dilaksanakan juga wajar didedahkan supaya rakyat tidak tertanya-tanya apakah projek yang di bawa kerajaan ke kampung masing-masing .

Selain itu , laman web atau blog  juga memudahkan rakyat mengetahui aktibiti JKKK mereka dan ini dapat mengurangkan tohmahan bahawa JKKK tidur .

Sila contohi JKKK Batang Rokan yang sentiasa mengemaskini blog mereka dan mendapat sambutan yang baik bukan sahaja dari penduduk kampung tetapi juga dari pemimpin setempat dan mereka yang ingin mengetahui kejadian yang berlaku di kampung .

Kepada JKKK yang sudah ada blog saperti JKKK Tenai Air Gelugor , Kampung Tengah , Felda Bukit Rokan Utara dan lain-lainnya ,  TAHNIAH dan sentiasa kemaskinikan maklumat dan jangan jadikan blog itu sebagai blog yang pernuh dengan sawang labah-labah .

Tok Nal harap , arahan ini dapat diikuti dan semua 16 JKKK dalam Mukim Gemencherh akan ada blog masing-masing .

Malahan jika ada badan-badan lain saperti belia , masjid dan sebagainya , juga dialu-alukan membina blog mereka .

Tok Nal akan memantau arahan ini .