gambar hiasan
BUKAN nak masuk campur tapi kalau dah wujud kecelaruan , elok rasanya Tok Nal bagi pandangan sikit .
Belia adalah generasi pelapis masa depan , mereka lah bakal pemimpin yang akan menentukan hala tuju negara ini .
Kalau belianya rosak , atau tersalah arah , maknanya masa depan negara jadi gelap dan harapan untuk melihat kemajuan , akan jadi hancur .
Jangan berebut-rebut nak tubuh persatuan belia semata-mata kerana nak jadi pemimpin sebaliknya pimpinlah persatuan sedia ada dengan harapan untuk membentuk bakat kepimpinan bagi menerajui negara .
Elok jika satu kampung ada satu persatuan belia sahaja kerana jika dibiarkan terlalu banyak persatuan , boleh menimbulkan perpecahan dikalangan belia itu sendiri .
Minta pandangan pemimpin setempat , wakil rakyat dan JKKK termasuk mengadakan perbincangan secara menyeluruh , sebelum keputusan untuk menubuhkan lagi satu persatuan belia diambil .
Ini pandangan Tok Nal aje , kalau nak ikut , ikut lah , kalau tidak , tepuk dada tanya selera .
No comments:
Post a Comment