TOK Nal agak keciwa sikit bila ada JKKK dibawah kepimpinan Tok Nal yang agak keras kepala .
Sudah berbuih mulut beri arahan supaya adakan mesyuarat JKKK di kampung masing-masing , takwin mesyuarat pun dah hantar , tapi tak di apik kan .
Ada saja alasan di berikan , masa tak sesuai lah , tak jumpa tarikh lagi , tunggu kelulusan permohonan pertukaran AJK dan bermacam-macam lagi .
Ingatan secara lisan dah diberikan , lapuran bulanan ke Kerajaan Negeri dah dibuat , makluman kepada YB juga dah di panjangkan , namun yang masih tak nak buat mesyuarat , tetap macam tu juga .
Tak tahu apa sebab sebenarnya tapi apa pun alasanya , mesyuarat JKKK mesti diadakan, bagaimana permohonan peruntukan pembangunan berlambak-lambak dihantar kepada Tok Nal jika satu pun tidak diluluskan dalam mesyuarat JKKK .
Tok Nal mohon , buatlah mesyuarat JKKK saperti yang diarahkan kerajaan negeri supaya semangat Satu Malaysia , rakyat didahulukan , pencapaikan diutamakan dapat di aplikasikan .
Jangan susahkan pemimpin kita untuk menyelesaikan masalah yang kita wujudkan sendiri .
1 comment:
betul...saya setuju..berilah kerjasama kepada penjawat awam ini menjalankan tugas...bukan untuk menyusahkan tapi untuk membantu dari aspek yang boleh dibantu...
Post a Comment