Sunday, March 7, 2010
PERARAKAN MAULID DUN GEMENCHEH
Lebih seribu umat Islam dari pelbagai latar belakang dan umur , hadir mendengar ceramah dan berarak dari Sekolah Kebangsaan Sungai Dua ke Maktab Rendah Sains Mara Gemencheh sejauh kira-kira 2.5 kilometer dalam majlis sambutan Maulidur Rasul DUN Gemencheh , sabtu lalu .
Perarakan itu diketuai oleh YB Dato Kamil sendiri di sertai segenap lapisan masyarakat termasuk wakil pegawai daerah Encik Zahirin Adnan , Timbalan Ketua Bahagian Datuk Nasarudin Mahmud , Pengetua MRSM Gemencheh , Ketua Pemuda Mohd Isam Mohd Isa serta ketua-ketua kampung dan pemimpin masyarakat ,
Turut sama dalam perarakan itu ialah Datin Siti , isteri Dato Kamil serta barisan kepimpinan wanita dari seluruh ceruk kampung di Gemencheh .Tok Nal dan Tok Khalid pun ikut juga .
Biarpun bahang mentari pagi agak panas waktu itu , tetapi ianya tidak mematahkan semangat peserta yang mengambil bahagian terutamanya Tok Rejab yang menjadi tenaga penting dalam menyampaikan selawat melalui van Jabatan Penerangan .
Pembabitan semua rakyat termasuk pemimpin , kakitangan kerajaan dan remaja membuktikan bahawa semangat 1 Malaysia sangat kut dalam Dun Gemencheh ini .
Semoga acara saperti ini yang membangbitkan semangat kekuatan dalam diri wajar diteruskan di masa akan datang supaya penyatuan umat Islam sentiasa mendapat sokongan semua pihak .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment