Sunday, March 7, 2010

MAJLIS MENDENGAR MASALAH KG ULU YUH

HASRAT kerajaan negeri supaya pegawai dan kakitangan kerajaan turun kebawah mendengar masalah rakyat  di dengar dan dipatuhi oleh pegawai dan kakitangan kerajaan daerah Tampin .

Jumaat lalu salepas sembahyang Jumaat , Pegawai Daerah Tuan Razali Bakar dan rombongannya seramai 28 orang yang terdiri dari ketua-ketua jabatan kerajaan dan wakil mereka hadir di balairaya Kg Ulu Yuh bagi mendengar masalah rakyat di kampung tersebut dan menyalurkan masalah tersebut kepada jabatan-jabatan yang hadir untuk membantu menyelesaikan masalah yang disampaikan .

Rata-rata yang hadir memuji usaha Pegawai Daerah itu termasuk Tuan Haji Zakaria , ketua Umno cawangan yang turut hadir dan memantau perjalanan majlis mendengar permasalahan rakyat itu .

Antara jabatan-jabatan yang hadir ialah Pejabat Daerah dan Tanah Tampin , polis , JKM , Rela , Mara , Veterinar , Jabatan Pertanian , Penerangan , Alam Sekitar , Kesihatan , Belia , Felcra  dan beberapa jabatan lagi .

Pegawai Daerah juga memuji usaha jabatan-jabatan yang menghantar wakil mereka dan meminta supaya semua ketua jabatan mengambil berat tentang perkara ini dan menghadirkan diri dalam setiap majlis yang diadakan atau sekurang-kurangnya menghartar wakil ke majlis itu .

Salepas ini , majlis yang sama akan diadakan di Repah , Kg Baru Tampin , Seri Gemencheh dan Tampin Tengah .

Peringkat seterusnya ialah di setiap JKKK dalam daerah Tampin termasuk JKKK dalam Daerah Kecil Gemas sekali .

Syabas dari Tok Nal dan Tok Nal akan cuba hadir dalam setiap majlis yang diadakan jika tidak ada tugas lain yang lebih penting .

No comments: