Wednesday, July 1, 2009

PERANAN JKKK



DALAM perjumpaan antara Pegawai Daerah Dato Haji Mohd Yusof dengan Pengerusi JKKK di daerah Tampin baru-baru ini , Dato DO ada mengingatkan JKKK supqaya menjaga tingkah laku masing-masing kerana sebagai pemimpin di peringkat akar umbi , mereka sering menjadi perhatian dan tempat rujukan masyarakat .

Katanya , JKKK patut mengutamakan peranan keselamatan kerana peranan itu agak ketinggalan berbanding dengan peranan pembangunan sedangkan , pembangunan harus berjalan seiring dengan keselamatan .

Menurutnya , tumpuan berlebihan kepada pembangunan sahingga mengabaikan espek keselamatan tidak patut dibiarkan berteruskan kerana ianya boleh mengancam keutuhan JKKK dan pembangunan yang dibawa kerajaan .

Katanya JKKK mesti menjadi mata dan telinga kerajaan dalam menangani sebarang isu .

JKKK juga hendaklah menggunakan segala saluran yang ada terlebih dahulu sebelum mengadu kepada media jika sebarang masaalah pembangunan tidak dapat diatasi segera .

Tok Nal sangat setuju dengan pandangan Dato DO itu dan dipohon semua JKKK dalam mukim Gemencheh mematuhi setiap arahan yang diberikan .

No comments: