Wednesday, July 1, 2009

KARNIVAL D'MONCHEH

Pada 18 dan 19 July ini ( sabtu dan ahad ) karnival D Moncheh akan diadakan di padang awam rumah rakyat Kg Tengah , Gemencheh .

Jika tiada pindaan , tempat karnival itu kekal disana dan orang ramai dijemput menghadiri karnival yang menjadi acara tahunan sejak beberapa tahun lalu .

Berbagai acara dirancang bagi memeriahkan karnival tersebut dan semua acara sesuai untuk semua peringkat .

Dari kanak-kanak dengan acara melukisnya , remaja dengan acara kebudayaan , dewasa dengan pertandingan masakan dan berbagai-bagai acara lagi dengan tujuan untuk menarik orang ramai ke karnival itu .

Karnival D Moncheh adalah acara tahunan yang dimasukan dalam kalendar perlancungan kerajaan Negeri Sembilan dan oranag ramai tidak patut melepaskan peluang untuk datang kesitu .

Jika tidak dapat hadir di waktu pagi , sila lah hadir waktu petang dan jika tidak boleh juga , dimalam harinya ada persembahan kebudayaan .

Pengerusi JK pengelola ialah ADUN Gemencheh sendiri dan acara ini mendapat sambutan hangat setiap kali ianya diadakan .

Jadi JANGAN LUPA , DATANG BERAMAI-RAMAI KE KARNIVAL D MONCHEH PADA SABTU DAN AHAD , 18 DAN 19 JULY 2009 .

Tok Nal akan kesana nanti .

JUMPA DISANA , disana , disana .....

No comments: