Sunday, December 1, 2013

WALAU pun anak bongsu Tok Nal , Mohamed ' Naqiudeen @ Kudin hanya mendapat 3 A dan 2 B dalam UPSR baru-baru ini , Tok ucapkan syabas kepada Kudin dan berharap Kudin akan berusaha dengan gigih lagi .
Comel tak Kudin ni ?

Keputusan itu bukan bermakna gagal cuma tidak menepati kehendak sahaja kerana Kudin wajar mendapat 5 A atas daya usaha yang dijalankan sebelum itu .

Tak apa lah , keputusan itu juga wajar diterima dengan kata Alhamdullillah dan bersyukur dengan kurniaan NYA .

Lepas ini , Kudin akan belajar di tingkat satu di Tunku Muhammad School ( TMS ) Kuala Pilah salah sebuah sekolah yang dikira baik didaerah ini .

Tok Nal juga bercadang nak masukan Kudin ke asrama kerana anak bongsu Tok Nal ini , meroyan sakan dengan permainan game komputer .

Dilarang pun susah nak ikut , kalau dah tak ada kemudahan itu lagi , moga-moga Kudin dapat tumpukan perhatiannya kepada pelajaran .

Amin ....
Anak bongsulah katakan ...

Tok Nal - di pohon doa moga kejayaan berada dihadapan Kudin .

No comments: