Tuesday, October 11, 2011

MALU BETOI......

Malu Tok Nal bila berkunjung ke salah satu JKKK untuk dibuat penilaian Anugerah Desa Cemerlang 2011 kerana maklumat yang dibentangkan bukannya kemajuan JKKK itu sebaliknya satu serangan kepada organisasi yang lain , kata mudahnya  menyalahkan pihak lain atas kegagalan sendiri .


Sudah lah yang hadir cuma pengerusi dan setiausaha JKKK , tambah dua lagi makcik yang entah dari mana , pulak tu datang lambat , semua panel hakim dah tiba tetapi balairaya masih berkunci , masih boleh diterima oleh panel hakim tetapi apabila serangan dimulakan kepada badan yang lain atas alasan nak bercakap terus terang , maka jadi lah majlis itu tempat meluahkan rasa geram .


Tok Nal rasa nak geram pun ada , rasa nak marah pun ada tapi yang paling banyak ialah rasa geli hati sebab terfikir , layak ke mereka ini menjadi pemimpin dikampung mereka kalau kepimpinan mereka tidak diterima orang ramai .


Mereka mengakui bahawa sambutan kepada majlis yang JKKK anjurkan tidak memberansangkan , bayangkanlah perjumpaan dengan ketua-ketua jabatan daerah cuma 15 orang penduduk yang datang dan majlis bersama aadk pulak sekitar 15 orang , sementara  barisan JKKK sekerat dua aje yang hadir , itu tandanya ada yang tidak betul pada kepimpinan JKKK disitu .


Tok Nal tak nak menamakan JKKK itu , buat malu aje dan lagi pun menepuk air didulang , terpercik kemuka sendiri , tapi sebagai Penghulu Mukim , Tok Nal rasa , lain kali kalau nak buat perlantikan pengerusi JKKK tu , minta-minta lah pandangan Penghulu .


Kok itu pilihan yang salah , kita betulkan sama-sama ini tidak lansung tak diajak berunding , pasal itu lah jadi teruk , macam mesyuarat budak tadika .


Tok Nal nak katakan , tidak sehebat mana menjadi Ketua Kampung atau Pengerusi JKKK kalau kepimpinan kita tidak diterima orang , syok sendiri aje , suka sama kumpulan sendiri , sendiri buat majlis , sendiri berucap , sendiri bertepuk dan sendiri makan .


Pada JKKK yang lain , Tok Nal harap ambiklah iktibar dari kejadian itu , jangan berulang ditempat sendiri , berkokok dalam gelanggang sendiri pun tak ada yang sahut , maknanya , kepimpinan itu tak berkualiti lah , tukar dengan yang lain .


Balik dari menunakan haji nanti Tok Nal harap Tok Din dapat betulkan anak buahnya yang syok sendiri buat kerja tapi lansung tak dipedulikan orang , apa lagi dihargai orang ramai , tetapi pandai pula cari helah untuk menutup kelemahan sendiri .


Pengerusi JKKK dan setiausahanya pun macam tak ngam , apa lagi dengan orang ramai .




Kalau nak tahu juga , boleh call Tok Nal

6 comments:

Anonymous said...

memang..dan bukannya mudah nak berurusan dengan orang tua...

Anonymous said...

perlantikkannya dahulu atas sebab penolokan calon utama..dan menghormati sebagai org tua..dan memberi peluang sementara melihat kebolehan beliau..tapi nampaknya...ketua kg perlu diganti semula...memang sudah ada suara-suara yang ingin menggantikan beliau..bukan kerana isu apa-apa tapi kg ini memerlukan org yang mentadbir dengan cekap..

Anonymous said...

Bukannya mudah nak suruh org letak jawatan..Tok nal tolong usahakan..kami dah ade beberapa calon yang layak menggantikan beliau..

Anonymous said...

Tok Nal bukan sonang nak carik pemimpin yg sosuai sekarang ni..payah..

yang dulu..berlagak, sombong, angkuh,abih sumo org nak dicanteh ee.. padan muko jatuh sendiri yo..

sekarang pulak..lombap, kodokut, ikut suko dio yo..kalau buek apo-apo tak nak bagi tahu..buek lah sendiri..

kok jadi pomimpin konolah sosuai ngan sumo org..ini tidak sumo org nak dijadikan musuh..buek apo...

Anonymous said...

Panggil sumo eh lotakkan jawatan lopeh tu lantiklah yang baharu yang ado kualiti dan disokong oleh masyarakat.

Anonymous said...

osah cilako eyh.