Monday, June 28, 2010

KURSUS HAJI BERSIRI

INSYA-ALLAH , tahun ini Tok Nal dan Isteri akan menunaikan haji ke  Makkah Al Mukkaramah .

Sejak tahun lalu , Tok Nal mengikuti kursus haji bersiri bagi melengkapkan ilmu dalam menunaikan ibadah haji .

Hujung minggulalu, majlis penutup kursus haji bersiri itu yang diadakan di Masjid Taman Desa Anggerik , Batu Kikir .

Lepas ini , Tok Nal dan Isteri akan mengikuti kursus haji intensif di Komplek Rakan Muda Kuala Pilah dan salepas itu kursus haji perdana .

Doakan moga Tok Nal dan Isteri selamat pergi dan balik dari menunaikan haji , selamat dan sihat tubuh badan semasa berada disana dan mendapat haji yang mabrur .

Tok Nal dan Isteri juga nak mohon maaf , halalkan makan dan minum kepada semua pihak yang mengenali Tok Nal dan Isteri .




AMIN.

No comments: