Tuesday, April 27, 2010

SEGAKNYA KETUA KAMPONG GEMENCHEH


MUNGKIN antara ketua kampong tersegak di NSDK datangnya dari Gemencheh .

Apa tidaknya , bila Tok Anjang dan rakan-rakannya Ketua Kampong memakai baju putih yang di sumbangkan oleh Adun Gemencheh , bukan main bergaya lagi .

Ngalahkan pemimpin yang hadir pada majlis juara rakyat di Kg Batang Rokan hari itu .

Tok Din sebagai Pengerusi Ketua Kampong Tampin patut bangga kerana anak buah nya segak- segak belaka , bergaya dan handsome walaupun ada sebahagianya tu , gigi pun dah tak banyak lagi .

Bila dah segak tu mula ngusik-ngusik Siti Nor dari Pejabat Daerah .

Ingat , orang rumah tengah jeling , nanti kok Ketua Kampong tidor diluar .

Maaf , Tok Nal bergurau aje ....

.

No comments: