Monday, April 12, 2010

BRAVO HOBIN JANG HOBIN !!!!

Tok Nal hanya pergi separuh jalan kerana ketiadaan tiket dan pergi pulak sorang-sorang , akhirnya pusing dan menonton melalui TV sahaja .

Apa pun yang nak di perkatakan , keputusan nya pasukan rusa NSDK tetap menang dan menjadi johan piala FA .

Menang dengan sepakan penalti pun menang juga tetapi satu peristiwa yang patut menjadi pengajaran kepada kita ialah : JANGAN TERLALU BERLAGAK WALAUPUN KEMENANGAN SUDAH ADA DIDEPAN MATA .

Nasib pasukan hobin jang hobin macam dah ruyup apabila sepakan Zakuan Adha dapat ditampan penjaga gol Kedah , kemudian apabila kesilapan memilih penyepak yang kurang berpengelaman , menyebabkan pasukan NS sekali lagi tinggal nyawa-nyawa ikan .

Jika sepakan terakhir tidak diambil oleh penjaga gol Kedah , yang kelihatan amat yakin dan sadikit koyok , nasib pasukan NS mungkin tidak sebaik malam itu .

Apa-apa pun , Tok Nal ucapan tahniah kepada semua pihak yang membantu pasukan NS menang termasuk kepada MB yang begitu setia menemani pasukan paling bergaya musim ini .


Gambar hiasan – salah sebuah kenderaan pasukan penyokong NS yang sekeluarga berbaju kuning ke stadium nasional Bukit Jalil malam itu .

No comments: