Saturday, January 16, 2010

WIFI PERCUMA DI GEMENCHEH

MENJELANG Jun tahun ini , Gemencheh bakal mendapat wifi atau internet jalur lebar tanpa wayar secara percuma yang di letakan di pejabat Adun Gemencheh .

Kemudahan 24 jam sehari ini setidak-tidaknya dapat membantu pemilik lap top persendirian untuk melayari internet mengikut kesesuaian masa mereka secara percuma .

Jika tidak terpaksalah mereka membeli modem sendiri atau melayarinya di cyber cafe berbayar yang ada di sekitar Gemencheh .

Adun Gemencheh Dato Mohd Kamil A Aziz berkata kemudahan itu akan dibekalkan selewat-lewatnya pertengah tahun ini dan mereka yang berada dalam lingkungan 500 meter dari pejabat adun dapat menggunakan kemudahan ini dengan percuma .

Beliau menyarankan agar semua pihak menggunakan kemudahan yang bakal disediakan itu termasuk pelajar sekolah , pemimpin masyarakat dan JKKK .

Setiap JKKK patut mempunyai laman web masing-masing atau sekurang-kurangnya blog yang boleh memaparkan aktibiti JKKK dan projek pembangunan saperti yang dijalankan oleh JKKK Batang Rokan .

Orang ramai perlu diberitahu apa yang JKKK telah buat untuk kemajuan kampung dan medan yang paling sesuai dan mengikut kehendak semasa ialah laman web atau pun blog .

Dato Kamil berharap , usaha beliau ini dapat dihargai oleh orang ramai dengan memanfaatkan sepenuhnya kemudahan itu untuk kebaikan dan kepentingan bersama .

1 comment:

asal kg said...

ooo bagus tu memang bagus eden sokong bona kek moncheh ado wifi memang sekarang zaman IT(teknologi)dengan ado wifi ni sonang la somuo orang boleh guno tuk tambah maklumat/info/mengetaui pe yang berlaku semasa.pado kerajaan nogori sembilan trima kasih kerano memajukan gomoncheh (kg den) tu hehehe..TAHNIAH..