Monday, December 6, 2010

TUNAIKAH HAJI MASA KITA MAMPU

TOK Nal buat kesimpulan , tunaikanlah haji masa kita MAMPU .

Mampu dari segi kewangan , kesihatan , kekuatan fizikal dan mental , ketahanan diri , keupayaan untuk bersaing kerana ibadah haji memang memerlu kesemuanya itu .

Keadaan yang sesak , ramai jemaah , kemudahan yang kurang dan tidak mencukupi serta senangnya penyakit saperti batuk dan selesema serta deman menyerang kita , menjadi ibadah ini tidak semudah yang di sangka .

Apa lagi susuk tubuh orang Melayu agak kecil berbanding dengan orang Turki , Pakistan, Afghan , Negro atau sekurang-kurangnya Arab , menjadikan kita mudah tersisih apabila berlaku saingan .

Yang patut dipuji , orang Malaysia , berdisiplin walaupun time naik bas dan lif , berebut-rebut tetapi bab beribadat , mereka memang berdisiplin .

Tabung Haji juga banyak perkara yang boleh diperbaiki walaupun perkhidmatan yang diberikan memang memuaskan , tetapi masih ada ruang untuk perkhidmatan itu di pertingkatkan .

Insya-Allah , Tok Nal akan mengulas bab itu nanti .


Makam Nabi SAW di dalam Masjid Nabawi , Madinah

Keindahan masjid Nabawi memangmengasyikan
 
Pemandangan dari luar masjid Nabawi





Pemandangan waktu senja di masjid Nabawi


Bergambar dalam kawasan masjid nabawi

No comments: