Wednesday, August 18, 2010

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA MB

24 Ogos ini , hari Selasa , di Masjid Kariah Kampung Air Rawa Pulau ,Gemencheh ,  MB akan turun bagi menghadiri majlis berbuka puasa bersama rakyat dan menyampaikan bantuan kepada mereka yang memerlukan .

Majlis itu dianjurkan oleh Pejabat MB , Pejabat Daerah serta Majlis Agama Islam Negeri Sembilan serta di dokong oleh pejabat ADUN Gemencheh .

Mereka-mereka yang tinggal di kampung Air Rawa Pulau atau dikawasan sekitarnya di jemput hadir .

Dan bagi yang menerima bantuan samaada dari MAINS atau pun JKM , sila datang awal kerana majlis akan bermula jam 6.00 petang .

Sama-sama lah kita hadir dalam majlis itu yang bukan sahaja membantu memeriahkan majlis tersebut tetapi juga dapat mengimarahkan masjid kampung itu .

Tahniah kepada semua pihak yang menjayakan majlis  dan juga kepada MB yang kita sayangi itu .

Insya - Allah , Tok Nal pun akan hadir juga .

1 comment:

Anonymous said...

Buang masa laa.setakat menyampaikan bantuan bulanan yg sentiasa dpt wat pe.dah tentu dapat. kk pun boleh tolong berikan,just tolong bagi je. tp x fikir kan ke menyusahkan warga emas, lebih2 lg yg dah uzur. apa laaa.ada pula warga emas yg x ada siapa nak bawak ke sana.