Friday, May 14, 2010

RAKYAT DIDEKATI , KHIDMAT DIBAIKI




BERDASARKAN slogan Rakyat didekati , khidmat dibaiki Tenaga Nasional Berhad (TNB) menganjurkan program bersama komuniti di Tampin semalam .

Majlis di Dewan Bandaran Majlis Daerah Tampin di rasmikan oleh Tuan Razali Bakar Pegawai Daerah Tampin .

Hadir sama ialah Dato Zainab Nasir ahli Exco dan Adun Gemas serta YB Dato Mohd Kamil A Aziz , Adun Gemencheh .

Pegawai-pegawai kanan TNB peringkat nasional dan negeri turut hadir dalam majlis itu .

Banyak isu dibangkitkan antaranya pangillan 15454 yang mana tempoh menunggu panggilan untuk dijawab terlalu lama , SMS 15454 , lampu jalan tidak menyala , bayaran bil , kekurangan pegawai dan lain-lain lagi .

Pegawai Daerah dalam ucapannya meminta supaya TNB juga memberikah  khidmat sosial dengan menyediakan peruntukan  bagi memasang lampu jalan saperti mana yang dilakukan oleh agensi lain saperti Majlis Daerah , JKR atau pun KKLW .

Majlis yang dimulakan jam 2.45 petang itu mendapat sambutan  hangat dari jemputan termasuk pengerusi JKKK daerah Tampin .

No comments: