Friday, May 7, 2010

MESYUARAT BAHAGIAN PEMBANGUNAN PDT

Mesyuarat Unit Pembangunan , Pejabat Daerah Tampin di pengerusikan buat kali pertama oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah ( Pembangunan ) yang baru Encik Zahirin Bin Adnan .

Sebelum ini , Encik Zahirin adalah Timbalan Pentadbir Tanah Tampin dan pernah beberapa kali meanggung kerja sebagai KPPD (Pm) , dan sejak awal bulan lalu , beliau telah dilantik secara tetap sebagai KPPD (Pm) dan menanggung kerja sebagai TPT .

Saorang yang peramah , mesra dan mudah untuk bekerja dengan beliau .

Bapa Encik Zahirin adalah rakan Tok Nal dan juga saorang Penghulu di Pejabat Daerah Kuala Pilah .

Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi .

Sama-sama lah kita berikan sokongan padu kepada Encik Zahirin dalam melaksana dan menjalankan tugas sebagai boss di bahagian pembangunan PDT .

Hadir sama dalam mesyuarat itu ialah ADO Cik Darisha , TA , Juruteknik , CC , Efa yang tengah sarat mengandung , PT dan lain-lain kakitangan di bahagian yang sama .

Efa dengan Kama bukan boleh nampak kamera , mula nak bergaya sakan , maklumlah agak iras-iras model sikit .

Gurau aje ..


No comments: