Wednesday, November 11, 2009

UCAPAN UJANG MEMUKAU





TOK Nal jarang dapat mendengar Shamsudin Adam @ Ujang , Setiausaha Sulit kepada menteri Kerja Raya Dato Shaziman Abu Mansor berucap dalam majlis , tetapi ucapan Ujang semasa majlis penilaian Anugerah Desa Cemerlang ( ADC) peringkat negeri di Kg Tengah , semalam memukau para hadirin .

Tidak cukup dengan pujian yang dilemparkannya kepada Pengerusi JKKK Tok Jo , Ujang juga memuji kepimpinan kampung itu yang sentiasa peka dengan kehendak penduduk setempat dan juga pemimpin tempatan yang lain .

Katanya , Kg Tengah bakal menjadi contoh kepada JKKK dalam daerah Tampin dan wajar dijadikan sebagai bench mark dan KPI dalam menilai pencapaian JKKK didaerah ini .

Ucapan selama kira-kira 15 minit itu disulami dengan gaya bahasa yang indah , teratur serta lancar bukan sahaja memukau penduduk Kg Tengah tetapi juga panel hakim yang datang untuk membuat penilaian .
Ramai panel yang memuji ucapan Ujang dan ada diantaranya menyifatkan ucapan itu sebagai bonus khas untuk penduduk Kg Tengah bagi memperolihi mata kemenangan mereka dalam ADC kali ini .

Tok Nal bangga , kerana Ujang begitu berjaya menyampaikan ucapan dan mempengaruhi hadirin sahingga kan mereka mendengar nya dengan penuh minat
Bravo Ujang ......

2 comments:

Anonymous said...

saya lihat keindahan kg tengah bukan lah usaha kg tengah sendiri. ia dapat peruntukan dari mdt dan mungkin juga dari badan badan lain.
semua kg boleh buat lebih baik dari itu jika mdt, pej daerah beri peruntukan, mungkin 100 x lebih baik. kalau usaha sendiri ngn keluar duit jkkk boleh bangga lahhhhhhhhhh

Anonymous said...

mr. anonymous november 13 2009: look around and think! think and think !