Monday, June 29, 2009

NFC - BAKAL MERCU TANDA GEMAS



National Feedlot Corporation ( NFC ) di Gemas bakal menjadi salah satu mercu tanda kegemilangan Gemas dimasa hadapan .

Setakat ini , ladang yang berkeluasan kira-kira 5,000 ekar telah di bersihkan dan sejumlah 4,000 lembu pedaging sedang diternak diatas tanah seluas 2,000 ekar .

Kawasan selebih akan dibangunkan dari masa ke semasa mengikut kesesuaian .

Selain itu , terdapat pusat penyembelihan yang beroporasi secara sistematik diperingkat akhir penyiapannya dan jika beroporasi sepenuhnya , mampu untuk menyembelih , memproses dan membekalkan daging kepada orang ramai bukan sahaja didaerah ini tetapi juga untuk tujuan eksport .

Dengan jalan masuk yang besar , kemudahan infra yang mencukupi , tidak mustahil NFC bakal menjadi kebanggaan penduduk Gemas .


Menteri Kerjaraya Dato Shaziman Abu Mansor mengadakan lawatan ke NFC baru-baru ini yang turut disertai oleh Adun Gemas Puan Zainab Nasir , Pengarah UPEN NSDK , Pengarah JPVNS dan Pegawai Daerah Tampin Dato Haji Mohd Yusof .

Ketua-ketua jabatan kerajaan di peringkat daerah , pemimpin masyarakat dan peminpin parti politik turut menyertai perjumpaan itu .

Adalah diharapkan NFC bukan sahaja mampu menjana pekerjaan kepada penduduk tempatan tetapi juga dapat membawa nama Gemas ke peringkat antarabangsa .

No comments: