Saturday, June 27, 2009

OLEK SEKAMPONG



RAMAI yang hadir dalam majlis Olek Sekampung sempena sambutan Hari Tanpa Tembakau peringkat Negeri Sembilan 2009 di Dewan Besar Gemas .

Majlis yang bermula pada 26 Jun 2009 ditutup pada 27 Jun 2009 dimana YB Zainab Nasir Adun Gemas adalah antara tetamu yang hadir .

Gerai pameran anti dadah , pameran dari polis , kesihatan , pemeriksaan kesihatan percuma , ceramah dan persembahan malam jalinan mesra nafas baru methadone adalah antara yang dijalankan .

Acara saperti ini bukan sahaja baik bagi menambahakan pengetahuan tetapi juga boleh digunakan bagi mengeratkan perpaduan .

Rakyat tanpa mengira kaum , bangsa dan agama berganding bahu mendengar ceramah yang disampaikan berhubung bahayanya asap rokok kepada mereka .

Selai n membazirkan wang , asap rokok juga merbahaya kepada orang lain terutamanya kanak-kanak dan bayi yang masih kecil .

Moga perlancaran majlis ini akan mengurangkan tabiat merokok dikalangan rakyat yang tidak menguntungkan mereka itu .

Tok Nal dah lama berhenti dan berharap tidak akan merokok lagi . Insya-Allah .

No comments: