Thursday, June 18, 2009

TERIMA KASIH DATO KAMIL



BAGI Puan salbiah Kidam , 70 dari Kampung Mantai , Gemencheh tiada yang lebih mengembirakan hatinya selain menerima rombongan wakil rakyatnya Dato Mohd Kamil A Aziz , yang meninjau keadaan rumahnya yang diberitakan uzur .

Lawatan singkat bersama-sama Penghulu dan sebilangan kontraktor itu setidak-tidak memberikan ruang kepada beliau untuk meluahkan isi hatinya kepada wakil rakyat .

Banyak bantuan yang diberikan kerajaan kepada beliau termasuk membina sebuah rumah PPRT untuk anaknya , tetapi keadaan rumah beliau perlu dibaiki juga .

Menurut Dato Kamil , kerajaan amat prihatin dengan nasib mereka yang benar-benar miskin dan usaha telah dijalankan bagi membaiki rumah Puan Salbiah .

Apa yang perlu ialah Puan Salbiah harus bersbar kerana ianya memerlukan masa dan peruntukan .

Dalam kunjungan itu juga Puan Salbiah menerima sumbangan dari YB bagi meringankan beban beliau dan beliau merakamkan ucapan terima kasih .

Menurutnya , wakil rakyat yang prihatin adalah wakil rakyat yang menjadi pilihannya .

1 comment:

Budak Moncheh said...

Salam,

Ini ada pemimpin yang sebenar, susah & senang bersama rakyat...

BudakMoncheh@blogspot.com