Monday, October 5, 2009

SELAMAT BERSARA TOK ZAINUDIN




SEMASA Tok Nal di Pejabat bahagian penguatkuasa KDNHEP di Seremban 2 bagi tujuan memperbaharui kad kuasa KPDNHEP , Tok Nal dapat berjumpa dengan rakan-rakan penghulu seluruh NS yang diberikan kad kuasa kali kedua oleh kementerian .
Ramai kawan Tok Nal hadir dan dapatlah kami saling bertanya khabar dan kedudukan masing-masing .Saorang kawan Tok Nal Zainudin Alias akan bersara hujung tahun ini dan ini mungkin peluang terakhir beliau berjumpa kawan-kawan secara serentak .
Tahniah lah Tok Zainudin atas persaraan itu , ada kawan kita yang tak sempat nak bersara jadi manfaatkan lah tempoh persaraan tersebut .
Khabarnya Tok Zainudin bersara wajib dan bagi pihak diri , Tok Nal ucapan selamat bersara dan selamat menempuh alam baru .
Bukan orang kahwin saja yang ada tempoh alam baru , orang bersara pun tempoh alam yang sama .
Kepada rakan-rakan yang lain , selamat bertugas , selamat berjuang dan selamat hari raya .
Maaf zahir dan batin .
Posted by pejun at Monday, October 05, 2009 Links to this post

No comments: