Thursday, September 24, 2009

RAYUAN SIMPATI

BEGINI lah keadaan kereta proton wira Tok Nal bila di tabrak dari belakang oleh salah satu kereta proto wira lain .

Lepas tu , melancut pula kereta Tok Nal ke depan kerana di henyak bontotnya dengan kuat sekali .

Malang dan lebih malang ianya berlaku berhampira lampu isyarat di Gemencheh , tiga hari lepas raya lalu .

Nak kata kesihan kepada Tok Nal kata lah , yang pandu kereta tu anak sulong Tok Nal , tapi sebagai pemilik , Tok Nal yang merasa pedihnya .

Lampu belakang hancur , lampu depan hancur , cermin pecah , bonet terangkat dan banyak lagi lah .

Tinggi juga nak repair tu , nasib baik ada insuran tetapi bila dah eksiden , memang susah jadinya .
Kalau ada sudi nak bantu sebab banyak lagi duit raya yang belum diagihkan atau dapat banyak sumbangan atau ada anak buah di mukim yang berhajat nak tolong , Tok Nal kecik tapak tangan , nyiru ditadah .
Mudah aje nak tolong Tok Nal , bank in kan sahaja di mana-mana cawangan MBB , akaun semasa dan nombornya ialah 001262101934 , itu pun kalau ada simpati , kalau nak pakai sendiri pun tak cukup , tak apa lah .
Samada rayuan ini diterima atau tidak , samada anda menyumbang atau tidak , atau samada anda gembira atau benci dengan Tok Nal , Tok Nal mohon ampun dan maaf kalau ada kesilapan dan mengucapkan SELAMAT HARI RAYA .
Jangan lupa akaun tu ya ...

2 comments:

Anonymous said...

KENAPA TAK MASUK JE BERSAMAMU TV3..ORANG LAIN LAGI SUSAH,NAK MINTAK-MINTAKPUN SEGAN..TAMBAHKOJO KERAJAAN, SILA JAGA MARUAH..

Anonymous said...

ADA RAMAI LAGI YANG SUSAH KAT LUAR TU. HARAP TOK NAL BESABAR JE. REDHO DENGAN APA YANG BERLAKU. INSURAN KAN ADA...TUNTUT HAK YANG SEPATUTNYA.