KALAU kita berusaha , disitu ada jalan , macam JKKK Gedok yang berusaha untuk mendapatkan peruntukan pembangunan kampung melalui INFRA , disitulah jalan yang terbuka luas untuk JKKK itu memajukan kampung mereka .
Sebagai Penghulu Mukim Gemencheh , Tok Nal rasa bangga dengan komitmen dan semangat juang mereka dalam membangunkan kampung .
Dibawah Pelan Tindakan Desa Bimbingan , INFRA atau Institut Kemajuan Desa , Bangi meluluskan peruntukan sejumlah RM 179,200 bagi tujuan membuat pusat tuisyen cemerlang RM 20,000 , projek bengkel peladangnita RM 40,000 , gelanggang futsal RM 36,000 , kebudayaan RM 13,200 , ternakan lembu RM 60,000 dan tanaman kontan RM 10,000 .
Khabarnya Infra juga akan meluluskan peruntukan bagi tujuan landskap kampung dalam usaha menceriakan Kampung Gedok dari espek penaman pokok bunga dan hiasan lainnya .
Tok Nal adalah salah saorang pemegang amanah bersama-sama penggerak Kemas Encik Anuar dan Pengerusi JKKK Ustaz Pahim .
Harapan Tok Nal segala perancangan akan mencapai kejayaan dan menjadi contoh kepada kampung-kampung lain tidak sahaja di daerah ini tetapi juga di seluroh negara .
Tahniah .
1 comment:
Harap Tok Nal dapat membantu Kampung kami pula untuk ke arah tersebut. berikan info(maklumat) dan tiket perjalanan ke arah kecemerlangan.
terima kasih.
Post a Comment