Monday, August 10, 2009

GOLF PIALA SHAZIMAN


PERMAINAN golf bukan asing pada Tok Nal , biar pun handycap agak tinggi tetapi Tok Nal sudah main sejak lebih 10 tahun lalu .

Kerana kesempitan masa dan kerja yang tidak putus-putus , permainan itu sekejap lupa , sekejap main , sebab tu tak pandai-pandai .

Baru-baru Tok Nal menyertai golf tournament Piala Saziman anjuran Persatuan Golf Tampin di A Famosa Resort .

Tok Shaziman , Tengku Besar Tampin dan mantan MB Tan Sri Isa pun main sama .

Hebat lah tournament tu kalau tak tak kana pemimpin besar hadir sama .

Boleh lah tahan main , dalam flight Tok Nal , tiga daripada 4 pemain menang hadiah manakala Tok Nal sendiri dapat saguhati aje .

Tak apa lah kerana Tok Nal hanya social golfer , jadi tak ada masalah kalau tak menang .

Kepada Sharif MDT , tahniah lah , dapat oven , orang rumah pasti suka kerana menang dan lesen pun besarlah .

Kalau ada pertandfingan lagi di sini , Tok Nal akan sertai dalam usaha untuk memperkukuhkan permainan Tok Nal sendiri .

Tak kisah lah kaalah asalkan dapat bergaul dengan golfer lain .

Mungkin ada masa , Tok Nal menang juga .

Friday, August 7, 2009

KURSUS PENGURUSAN PERSATUAN BELIA MAYC TAMPIN




Belia hari ini terdedah dengan berbagai sumber maklumat dan salah satu darinya adalah internet dan sehubungan itu , wajar jika belia-belia memahami cara menggunakan dan mendapatkan maklumat tersebut .

Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) Tampin dengan kerjasama MID atau Medan Info Desa Tampin di Kampung Tengah telah menganjurkan kursus kepada seramai 110 belia dari pertubuhan itu .

Mereka bukan sekadar didedahkan kepada teknologi komputer tetapi juga cara bagaimana untuk menguruskan seuah persatuan dan bagaimana untuk membuat kertas kerja bagi mendapatkan peruntukan .

Wakil Rakyat Gemencheh Dato Kamil A Aziz telah menutup dan menyampaikan sijil kepada belia-belia terbabit .

Tok Nal pun turut sama mewakili Dato Pegawai Daerah dan Tok Nal dapati , ramai belia ini adalah terdiri daripada mereka yang baru lepasan sekolah menengah .

Ini adalah satu yang menarik kerana generasi muda tahu memanfaatkan kemudahan yang ada bukan sekadar menggunakan komputer untuk bermain game sahaja .

Tok Nal berharap , ianya dapat diteruskan bukan sahaja kepada belia-belia tetapi juga generasi yang lebih berumur kerana mereka juga perlu tahu kemudahan semasa yang ada .

Tok Nal sentiassa menyokong usaha sebegini .

Wednesday, August 5, 2009

PERANAN JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG (JKKK)

Dibawah ini Tok Nal salin semula keputusan MMK pada 17 Jun 2009 yang menerangkan maksud saperti diatas untuk makluman dan tindakan semua Pengerusi dan AJK Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan kampung (JKKK) berhubung dengan peranan mereka saperti yang diarahkan kerajaan negeri .

Peranan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)

YAB Menteri Besar Negeri Sembilan memaklumkan sekali lagi bahawa Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) adalah bertanggungjawab kepada Penghulu Mukim selain kepada ADUN Kawasan . Sehubungan dengan itu , Pengerusi JKKK perlu membuat laporan dan menghantar laporan berkenaan kepada Penghulu dan ADUN Kawasan . Seterusnya laporan berkenaan dihantar kepada Pegawai Daerah untuk dikemukakan kepada sebelum dibawa kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan .

Thursday, July 30, 2009

SYABAS ..AGRO BIOTEC EXPO / HPPN PALING BERJAYA



AGRO Biotec Expo / Hari Peladang Penternak dan Nelayan 2009 sudah melabuhkan tirainya .

Tahun ini sambutan yang diberikan oleh orang ramai amat gah sekali , tidak kurang 150,000 mengunjungi expo tersebut .

Tahniah lah kepada JK Induk yang diketuai oleh Exconya Dato Yunus Rahmat dan juga urusetia jabatan Pertanian Negeri .

Tahun hadapan , khabarnya , akan dirancang untuk diadakan dengan lebih meriah lagi .

Berbalik kepada expo tahun ini , semuanya kelihatan sempurna , tempat sesuai , tarikh tepat , pameran dan jualan menjadi , sambutan baik , penyertaaan menggalakan , kerjasama jabatan baik dan yang paling uatamanya kehadiran DYMM ke pameran itu .

Tok Nal tumpang gembira dengan sambutan baik dan menggalakan ini , sebagai salah saorang wakil JK Induk Tok Nal memang merasai perbezaannya dalam mengendalikan HPPN sejak lebih 15 tahun lalu .

Ini lah buktinya , jika diusahakan secara bersungguh-sungguh dan terancang , kejayaannya juga akan menjadi bualan ramai .


Tahniah , tahniah , tahniah kepada semuanya termasuk kerajaan negeri .

Monday, July 27, 2009

" BAHAGIA TANPA MU "

Pemadam Daerah Tampin dimana Tok Nal salah saorang AJKnya mengadakan mini konsert Bahagia Tanpa Mu dan Sukan Rakyat di Tampin Square pada 1 Ogos ini mulai dari jam 3.00 ptg hingga 10 malam .

Berbagai acara diadakan antaranya karaoke terbuka , pertandingan sepaktakraw bulatan , lumba basikal lambat , pakaian beragam kanak-kanak , memancing botol panas , cabutan nombor bertuah .

Hadiah misteri , merebut kerusi parlimen dan pameran agensi serta jabatan kerajaan , teka kacang pun ada juga .

Datang lah beramai-ramai , sambil menyaksikan persembahan dapat mengetahui maklumat berhubung bahayanya najis dadah .

Band D Ereaser akan menghiburkan penonton yang hadir .

Semua penyertaan ada lah percuma kecuali sepekaraga bulatan dan basikal lambat .

Jadi tunggu a[pa lagi , datang lah ....

Tuesday, July 21, 2009

TOK NAL DAN TOK MAN


BAGI Tok Nal , Dato Shaziman Abu Mansor adalah saorang pemimpin ulung Tampin dekad ini .

Beliau mampu menempatkan diri dikalangan pemimpin ulung negara dan mempunyai karisma yang cemerlang sebagai pemimpin disayangi ramai .

Walaupun Tok Nal tak rapat dengan Tok Man , tetapi beberapa kali berbual dengan Tok Man , dah dapat dirasakan aura beliau sebagai saorang pemimpin .

Tok Nal dapat merasakan yang Tok Man mempunyai bintang yang cerah dalam politik negara dan mempunyai masa depan yang begitu gemilang di daerah ini .

Tidak mustahil , jika satu masa nanti nama Tok Man akan terpahat disanubari rakyat Tampin sebagai pemimpin yang mampu membawa banyak perubahan disini .

Sesuai dengan kedudukan Tok Man , Tok Nal sentiasa mendoakan kejayaan Tok Man dalam apa bidang yang diceburi dan berharap akan banyak perubahan dan pembaharuan yang dapat dibawa oleh Tok Man .

Tinggal lagi , masa ini lah rakyat harus memberikan sokongan pada Tok Man dalam menjayakan usaha-usaha yang dirancangkannya itu .

Amin , mudah-mudahan ....

Sunday, July 19, 2009

TOK NAL DAN DATO KAMIL


Dato Kamil adalah Wakil Rakyat Gemencheh manakala Tok Nal pula ialah Penghulu Mukim Gemencheh .

Hubungan kami rapat , saling berkait dan yang terpenting , menjaga kebajikan rakyat dikawasan yang sama .

Biar pun ada yang cuba merosakan hubungan baik antara kakitangan kerajaan dan pemimpin , Tok Nal tak ambil pusing .

Yang penting , Tok Nal berkhidmat untuk semua dan salah saorang darinya ialah wakil rakyat dikawasan itu iaitu Dato Kamil sendiri .

Jadi tak perlu ada percubaan untuk melaga-laga kan Tok Nal dengan Dato Kamil .

Kalau tak macam isi dengan kuku pun , sekurang-kurangnya antara saorang Penghulu dengan saorang Wakil Rakyat yang berdedikasi , berjiwa rakyat dan disenangi semua .

Doa dan harapan Tok Nal , moga kepimpinan Dato Kamil berpanjangan dan rakyat Gemencheh mandapat tuahnya dari saorang Wakil Rakyat yang bertuah .

Amin ….

KARNIVAL D MONCHEH PENUH WARNA WARNI





Karnival sehari suntuk , dari pagi hingga ke malam selesai sudah .

Matlamat yang hendak dicapai bagi menarik pelancung tempatan dan luar negeri ke Gemencheh , juga telah tercapai .

Tidak kurang , dua ribu hadir menyertai berbagai acara yang di pertandingkan setiap masa .

Dari mewarna tabika , kepada pertandingan futsal di padang , kemudiannya pertandingan karaoke di pentas dan juga persembahan artis .

Semuanya mampu menarik perhatian ramai termasuk pelajar luar negara dari Kolej Lagenda , Seremban yang turut memeriahkan majlis .

Pokoknya semua berpuas hati dan sambutan yang diberikan pula memuaskan .

Tok Nal juga berpuas hati kerana sebagai salah saorang AJK induk , Tok Nal bangga kerana sambutan yang diberikan menggalakkan.

Moga D Moncheh dapat di adakan lagi dimusim akan datang .

Tuesday, July 14, 2009

KUNJUNGAN KE SERAWAK





HUJUNG minggu lalu , Tok Nal dan rakan-rakan dalam Jawatankuasa Pertanian Daerah Tampin mengadakan lawatan sambil belajar ke Kucing Serawak .

Lawatan ini diketuai oleh Pengerusi JK Pertanian Daerah Dato Mohd Kamil A Aziz yang juga ADUN Gemencheh dan turut disertai bersama Pegawai Daerah Tampin Dato Haji Mohd Yusof Yunus .

Ini kunjungan kedua Tok Nal kesana , seronok , dan yang paling seronoknya dapat pergi bersama-sama dengan rakan-rakan satelah lawatan ini ditangguhkan beberapa kali .

Lepas ini , mungkin lawatan yang sama akan diadakan ke Sabah atau sekurang-kurangnya ke Thailand bagi menambah pengetahuan ahli jawatankuasa .

Antara tempat yang dilawati ialah tanaman lada hitam , kilang pemerosesan lada hitam , membeli belah di pasar Satok , mengunjungi saudara baru , orang utan dan juga perkampungan budaya Serawak .


Terima kasih kepada Dato Kamil yang telah merancang dan menjayakan lawatan sambil belajar ini .

Wednesday, July 8, 2009

PINDAAN PROGRAM D'MONCHEH

ATAS sebab yang tidak dapat dielakkan , Tok Nal dimaklumkan program D'Moncheh yang sepatutnya diadakan pada 18 dan 19 Jyly , dipendek sehari kepada 18 July 2009 dari pukul 8.00 pagi sahingga jam 12.00 malam .

Acara untuk hari ahad 19 July dibatalkan , orang ramai bolehlah datang pada 18 July 2009 sahaja .

Jangan tak datang , datang .

Jika tak datang rugi kerana selain menonton kita juga boleh mengambil bahagian dalam acara yang dijalankan .

Mari ramai-ramai kita meriahakan program D'Moncheh ini .