Monday, August 24, 2009

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK .

TOK NAL dan keluarga mengucapkan selamat menyambut ramadhan al-mubarak kepada semua kaum muslimin dan muslimat samaada yang mengenali Tok Nal atau tidak .

Memandangkan lagi beberapa minggu akan raya , Tok Nal juga nak mohon kemaafan atas segala keterlanjuran , kesilapan samada disedari atau tidak .

Sebagai manusia , Tok Nal pastinya tidak lepas dari melakukan kesilapan dan untuk itu elok kalau sama-sama bermaaf-maafan .

Tok Nal sedia memaafkan kesalahan siapa juga jika ada pada Tok Nal .

Thursday, August 20, 2009

ANUGERAH DESA CEMERLANG




Tiga JKKK menyertai Anugerah Desa Cemerlang (ADC) peringkat daerah Tampin tahun ini dan yang cantiknya ketiga-tiga JKKK itu dari Mukim Gemencheh , mukim Tok Nal bertugas .

Tahniah lah kepada JKKK terbabit yang bersedia untuk dinilai dan diberikan markah berhubung pencapaian mereka dalam menguruskan kampung .

JKKK Kg Tengah , JKKK Gedok dan JKKK Felda Bukit Rokan Utara yang mengambil bahagian dan keputusannya JKKK Kg Tengah telah terpilih sebagai JOHAN dan akan mewakili daerah Tampin ke pertandingan ADC peringkat negeri , tidak lama lagi .

Sekali lagi , tahniah dari Tok Nal , ada lagi 15 JKKK dalam mukim Gemencheh dan kemenangan ini diharap dapat mencabar JKKK lain supaya berusaha keras membangunkan kampung masing-masing .

Tok Nal juga nak ucapkan tahniah kepada ADUN Gemencheh Dato Kamil yang selama ini memang memberikan perhatian kepada pembangunan kampung-kampung dalam DUN Gemencheh dan bukan sahaja tumpuan diberikan kepada pembangunan fizikal tetapi juga pembangunan spiritual .

Kepada JKKK yang kurang berjaya , cuba lagi dimasa akan datang dan kalau boleh Tok Nal mahu , lebih banyak JKKK dari DUN Gemencheh menyertai anugerah ini dimasa akan datang .

Syabas JKKK Kg Tengah , Gemencheh yang menjadi Johan ADC peringkat daerah Tampin tahun ini.

Monday, August 17, 2009

RELA TAMPIN





KURSUS pengenalan Rela siri 03/09 telah diadakan di Kampung Ulu Rokan , hujung minggu lalu .

Tidak kurang 50 ahli baru Rela yang kebanyakannya adalah terdiri daripada generasi muda menyertai kursus sehari suntuk itu .

Sekurang-kurangnya sambutan itu sudah telalu baik memandangkan Rela bukan saperti pasukan berunifom yang lain , yang serba lengkap dan mewah .

Rela adalah mata dan telinga kerajaan dan fungsinya telah begitu luas sekali termasuk membantras pendatang tanpa izin atau PATI .

Jangan ada anak muda yang tidak menyertai Rela kerana selain bertanggung jawab menjaga keamanan di tempat mereka , Rela juga mempunyai kuasa untuk memeriksa , menahan dan membuat tangkapan keatas mereka yang bersalah .

Tetapi hanya mereka yang diberi kuasa sahaja yang boleh bertindak begitu , ahli Rela yang diarahkan oleh PRD atau PPRD , boleh melaksanakannya dibawah pengawasan pegawai masing-masing .

Bagi ahli biasa , kuasa tersebut tidak diturunkan kepada mereka .

Tapi tak apa lah kerana sebagai mata dan telinga kerajaan , tugas mereka sudah terlalu besar kepada negara ini .

Jadi teruskan lah perjuangan itu .

BENDERA HARI KEBANGSAAN


TAHUN ini sambutan kibar Jalur Gemilang nampaknya belum berapa meriah lagi .

Mungkin kerana sambutan itu berlaku semasa bulan Ramadhan dah nak hampir benar , tapi di pihak perpaduan khususnya KRT , sambutan gilang gemilang di peringkat daerah Kuala Pilah telah bermula .

Semua 17 pengerusi KRT dalam daerah ini menerima bendera masing-masing dari exco perpaduan , Dato Razi Kail .

Yang dah dapat tu , pasang dan kibarkan lah bendera masing-masing , yang belum , boleh beli sendiri .

Kita kena ada jati diri dan semangat cintakan negara , dan salah satu darinya ialah mengibarkan bendera Jalur Gemilang .

Selagi hayat di kandung badan , selagi itu , Tok Nal akan tetap kibarkan Jalur Gemilang di rumah Tok Nal sendiri .

Jangan ada yang cuba merendah-rendahkan bendar Jalur Gemilang , kerana bendara itu lah Tok Nal dan rakyat negara ini dapat hidup amat damai .

Kalau tak kita yang sokong , siapa lagi .

MERDEKA , MERDEKA , MERDEKA .

Monday, August 10, 2009

GOLF PIALA SHAZIMAN


PERMAINAN golf bukan asing pada Tok Nal , biar pun handycap agak tinggi tetapi Tok Nal sudah main sejak lebih 10 tahun lalu .

Kerana kesempitan masa dan kerja yang tidak putus-putus , permainan itu sekejap lupa , sekejap main , sebab tu tak pandai-pandai .

Baru-baru Tok Nal menyertai golf tournament Piala Saziman anjuran Persatuan Golf Tampin di A Famosa Resort .

Tok Shaziman , Tengku Besar Tampin dan mantan MB Tan Sri Isa pun main sama .

Hebat lah tournament tu kalau tak tak kana pemimpin besar hadir sama .

Boleh lah tahan main , dalam flight Tok Nal , tiga daripada 4 pemain menang hadiah manakala Tok Nal sendiri dapat saguhati aje .

Tak apa lah kerana Tok Nal hanya social golfer , jadi tak ada masalah kalau tak menang .

Kepada Sharif MDT , tahniah lah , dapat oven , orang rumah pasti suka kerana menang dan lesen pun besarlah .

Kalau ada pertandfingan lagi di sini , Tok Nal akan sertai dalam usaha untuk memperkukuhkan permainan Tok Nal sendiri .

Tak kisah lah kaalah asalkan dapat bergaul dengan golfer lain .

Mungkin ada masa , Tok Nal menang juga .

Friday, August 7, 2009

KURSUS PENGURUSAN PERSATUAN BELIA MAYC TAMPIN




Belia hari ini terdedah dengan berbagai sumber maklumat dan salah satu darinya adalah internet dan sehubungan itu , wajar jika belia-belia memahami cara menggunakan dan mendapatkan maklumat tersebut .

Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) Tampin dengan kerjasama MID atau Medan Info Desa Tampin di Kampung Tengah telah menganjurkan kursus kepada seramai 110 belia dari pertubuhan itu .

Mereka bukan sekadar didedahkan kepada teknologi komputer tetapi juga cara bagaimana untuk menguruskan seuah persatuan dan bagaimana untuk membuat kertas kerja bagi mendapatkan peruntukan .

Wakil Rakyat Gemencheh Dato Kamil A Aziz telah menutup dan menyampaikan sijil kepada belia-belia terbabit .

Tok Nal pun turut sama mewakili Dato Pegawai Daerah dan Tok Nal dapati , ramai belia ini adalah terdiri daripada mereka yang baru lepasan sekolah menengah .

Ini adalah satu yang menarik kerana generasi muda tahu memanfaatkan kemudahan yang ada bukan sekadar menggunakan komputer untuk bermain game sahaja .

Tok Nal berharap , ianya dapat diteruskan bukan sahaja kepada belia-belia tetapi juga generasi yang lebih berumur kerana mereka juga perlu tahu kemudahan semasa yang ada .

Tok Nal sentiassa menyokong usaha sebegini .

Wednesday, August 5, 2009

PERANAN JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG (JKKK)

Dibawah ini Tok Nal salin semula keputusan MMK pada 17 Jun 2009 yang menerangkan maksud saperti diatas untuk makluman dan tindakan semua Pengerusi dan AJK Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan kampung (JKKK) berhubung dengan peranan mereka saperti yang diarahkan kerajaan negeri .

Peranan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)

YAB Menteri Besar Negeri Sembilan memaklumkan sekali lagi bahawa Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) adalah bertanggungjawab kepada Penghulu Mukim selain kepada ADUN Kawasan . Sehubungan dengan itu , Pengerusi JKKK perlu membuat laporan dan menghantar laporan berkenaan kepada Penghulu dan ADUN Kawasan . Seterusnya laporan berkenaan dihantar kepada Pegawai Daerah untuk dikemukakan kepada sebelum dibawa kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan .

Thursday, July 30, 2009

SYABAS ..AGRO BIOTEC EXPO / HPPN PALING BERJAYA



AGRO Biotec Expo / Hari Peladang Penternak dan Nelayan 2009 sudah melabuhkan tirainya .

Tahun ini sambutan yang diberikan oleh orang ramai amat gah sekali , tidak kurang 150,000 mengunjungi expo tersebut .

Tahniah lah kepada JK Induk yang diketuai oleh Exconya Dato Yunus Rahmat dan juga urusetia jabatan Pertanian Negeri .

Tahun hadapan , khabarnya , akan dirancang untuk diadakan dengan lebih meriah lagi .

Berbalik kepada expo tahun ini , semuanya kelihatan sempurna , tempat sesuai , tarikh tepat , pameran dan jualan menjadi , sambutan baik , penyertaaan menggalakan , kerjasama jabatan baik dan yang paling uatamanya kehadiran DYMM ke pameran itu .

Tok Nal tumpang gembira dengan sambutan baik dan menggalakan ini , sebagai salah saorang wakil JK Induk Tok Nal memang merasai perbezaannya dalam mengendalikan HPPN sejak lebih 15 tahun lalu .

Ini lah buktinya , jika diusahakan secara bersungguh-sungguh dan terancang , kejayaannya juga akan menjadi bualan ramai .


Tahniah , tahniah , tahniah kepada semuanya termasuk kerajaan negeri .

Monday, July 27, 2009

" BAHAGIA TANPA MU "

Pemadam Daerah Tampin dimana Tok Nal salah saorang AJKnya mengadakan mini konsert Bahagia Tanpa Mu dan Sukan Rakyat di Tampin Square pada 1 Ogos ini mulai dari jam 3.00 ptg hingga 10 malam .

Berbagai acara diadakan antaranya karaoke terbuka , pertandingan sepaktakraw bulatan , lumba basikal lambat , pakaian beragam kanak-kanak , memancing botol panas , cabutan nombor bertuah .

Hadiah misteri , merebut kerusi parlimen dan pameran agensi serta jabatan kerajaan , teka kacang pun ada juga .

Datang lah beramai-ramai , sambil menyaksikan persembahan dapat mengetahui maklumat berhubung bahayanya najis dadah .

Band D Ereaser akan menghiburkan penonton yang hadir .

Semua penyertaan ada lah percuma kecuali sepekaraga bulatan dan basikal lambat .

Jadi tunggu a[pa lagi , datang lah ....

Tuesday, July 21, 2009

TOK NAL DAN TOK MAN


BAGI Tok Nal , Dato Shaziman Abu Mansor adalah saorang pemimpin ulung Tampin dekad ini .

Beliau mampu menempatkan diri dikalangan pemimpin ulung negara dan mempunyai karisma yang cemerlang sebagai pemimpin disayangi ramai .

Walaupun Tok Nal tak rapat dengan Tok Man , tetapi beberapa kali berbual dengan Tok Man , dah dapat dirasakan aura beliau sebagai saorang pemimpin .

Tok Nal dapat merasakan yang Tok Man mempunyai bintang yang cerah dalam politik negara dan mempunyai masa depan yang begitu gemilang di daerah ini .

Tidak mustahil , jika satu masa nanti nama Tok Man akan terpahat disanubari rakyat Tampin sebagai pemimpin yang mampu membawa banyak perubahan disini .

Sesuai dengan kedudukan Tok Man , Tok Nal sentiasa mendoakan kejayaan Tok Man dalam apa bidang yang diceburi dan berharap akan banyak perubahan dan pembaharuan yang dapat dibawa oleh Tok Man .

Tinggal lagi , masa ini lah rakyat harus memberikan sokongan pada Tok Man dalam menjayakan usaha-usaha yang dirancangkannya itu .

Amin , mudah-mudahan ....