Saturday, October 25, 2008

BERTEMU KAWAN LAMA


TOK Nal ke Pontian Johor jumaat minggu ini bersama anak sulong yang masih menuntut dikolej bersekutu UUM - kolej negeri dengan tujuan untuk berjumpa dengan rakan dan kawan Tok Nal semasa Tok Nal bertugas di Pontian dulu .

Dulu Tok Nal bertugas di Jabatan Pertanian IPRS Pontian dari tahun 1980 hingga 1993 dan kemudian ke Jabatan Pertanian Ayer Hitam , Kluang sahingga tahun 1996 .

Masa di Pontian , Tok Nal dapat berjumpa dengan Dato Nasir Safar , Dato Ahmad Kosnan , Tuan Haji Yassin Ibrahim , Tuan Haji Muhtaha Tuah , Badang , Bahrin Kailan , Paiman Safar dan ramai lagi , dan ada diantaranya Tok nal tak berapa ingat namanya .

Bukana sombong tetapi satelah hampir 15 tahun tidak berjumpa sudah tentu ingatan menjadi lemah dan nama yang satu masa dulu sentiasa bermain dibibir , sukar untuk diingati .

Begitu lah manusia , bila berjumpa gembira , berbual mesra dan saling bertanya kabar .

Tok Nal juga begitu dan sentiasa berharap hubungan Tok Nal dengan semuanya akan kekal abadi dan sentiasa di ingati hingga keakhir hayat .


Tok Nal - mahu anak mencontohi semangat persahabatan ini.

Monday, October 20, 2008

ANTARA RAKAN DAN KAWAN



BAGI Tok Nal , ada kawan yang setia dan ada kawan yang hanya ingin melihat kita sengsara .

Memang tidak ramai yang suka melihat kita gembira , berjaya serta mencapai apa yang dicita tetapi ramai yang suka melihat kita jatuh , sentiasa berduka dan paling sedih sekali , suka kalau apa yang kita hajati tidak berjaya dicapai .

Itu lah sikap rakan dan kawan kita .

Tok Nal simpati dengan nasib rakan-rakan kita yang sebegitu , malahan Tok Nal juga pernah menerima nasib yang sama .

Kadang kala kerana kepentingan peribadi , matlamat menghalalkan cara dan kepentingan ramai menjadi mainan .

Tok Nal ada saorang kawan , namanya Nujum , tinggal di Air Baloi Pontian , pernah bersama-sama belajar di UNAS tetapi tidak tamat dan kemudiannya menyambung pelajaran di UKM dan berjaya lulus dengan sarjana muda sains politik .

Hubungan kami baik , beliau berpegang kepada prinsip dan penyokong kuat parti bulan manakala Tok Nal parti keris tetapi pegangan politik tidak pernah menyekat hubungan kami .

Kami berkawan rapat dan sering bertengkar tetapi akhirnya kami tetap bersatu dalam isu utama yang membabitkan rakyat .

Kalau boleh di katakan rakan dan kawan , Nujum lah orangnya .

Tok Nal memang salute dengan Nujum dan akan singgah kerumahnya di Air Baloi bila ke Pontian .

Dan Tok Nal sentiasa mendoakan Nujum berjaya biarpun berlainan pegangan politik dan kepahaman .


Tok nal - ada rakan dan kawan , ada juga rakan dan lawan , adat lah ....

Wednesday, October 15, 2008

MINYAK TURUN LAGI

Alhamdulillah , minyak petrol dan diesel turun antara 15 hingga 20 sen seliter .

Harap lepas ini boleh turun lagi kerana kenaikan harga minyak di pum bukan sahaja membebankan pemilik kenderaan tetapi juga pengguna lain .

Bayangkan lah , harga minyak meletup sahaja naik , harga barangan lain melambung sama .

Beras naik RM 1.00 sekilo , roti canai 30 sen sekeping , nasi lemak naik sampai 20 sen dan barangan lain juga naik .

Pendapatan macam tu juga sedangkan perbelanjaan bertambah berlipat kali ganda akibat kenaikan harga minyak .

Suka tak suka terima juga lah untuk survival hidup tetapi yang paling penting , usaha kearah menstabilkan harga barangan lebih penting dari menurunkan harga minyak .

Barangan turun harga , yang tak pakai motorsikal atau kereta akan dapat faedahnya malahan berlipat kali ganda pulak .

Tetapi yang paling penting , kita kena percaya dengan kerajaan yang ada sekarang , jangan ragu-ragu kerana kepercayaan kita akan memudahkan kerajaan membela rakyat .



Tok Nal - sentiasa setia dengan kerajaan negeri dan pusat .

Tuesday, October 14, 2008

KESATUAN PENGHULU NS BUAT PERALIHAN KUASA ?

DUA penggal Tok Nal tak bertanding jawatan presiden kesatuan penghulu Negeri Sembilan kerana nak sokong Nizar jadi presiden dengan harapan beliau dapat tunaikan tanggungjawab yang diamanahkan sebagaimana yang dijanjikannya pada Tok Nal , lagi pun Tok Nal dah muak bertanding kerana asyik kalah saja .

Nampaknya , satelah lama menunggu , Nizar tidak berdaya untuk menunaikan harapan ahli-ahli kesatuan kerana pengisian jawatan kanan tetap tertangguh begitu sahaja sedangkan kesatuan sepatutnya berbuat sesuatu untuk menentukan ianya menjadi realiti .

Kalau tak mampu , letak jawatan saja dan serahkan kepada timbalan untuk jalankan tugas , jika tidak Tok Nal akan mencabar beliau dalam pemilihan yang akan datang .

Menang atau tidak , bukan persoalan Tok Nal kerana yang penting hasrat dan aspirasi rakan-rakan dalam kesatuan mesti diambil kira .

Tok Nal mahu mereka yang duduk disitu buat kerja dan ada KPI yang perlu dicapai , kalau setakat untuk bermegah sahaja rentikanlah .

Budak tepi jalan pun pandai buat kerja macam tu , tak payahlah jadi presiden .

Tok Nal memang kritikal dalam soal ini kerana Tok Nal mahukan jawatan untuk buat kerja samaada diterima atau tidak terpulang kepada ahli kesatuan yang lain .

Jangan jadi liabiliti kepada kesatuan , ingat tak apa sindiran MB masa merasmikan mesyuarat agung kesatuan yang lalu , jadi jalan terbaik ialah peralihan kuasa .

Kalau Pak Lah boleh buat tak kan Nizar tak boleh , tak kan Nizar lebih hebat dari Pak Lah .


Tok Nal - sedang meneliti suasana dan kepentingan ahli kesatuan .

Thursday, September 25, 2008

BERSYUKURLAH .....


Tok Nal ucapkan syabas kepada kerajaan kerana prihatin kepada nasib orang miskin dinegara ini .

Banyak bantuan yang diberikan kerajaan kepada mereka , baik bantuan rumah baru , baiki rumah , projek peningkatan pendapatan , anak sekolah dan berbagai-bagai lagi .

Kalau nak ikutkan mewah orang miskin ini , hari raya dapat bantuan , rumah bocor dapat bantuan , anak sekolah dapat bantuan dan bermcam-macam lagi .

Tinggal lagi , mereka ingat ke tidak ? .

Harap-harap jangan ada yang saperti kacang lupakan kulit . Kalau tak ada kulit , kacang tak ada tetapi bila dah jadi kacang , dia mula lupa kepada kulit lamanya .

Tugas Tok Nal nak mengingatkan mereka supaya sentiasa ingat jasa kerajaan biarpun mereka dah tak susah lagi .

Kalau minta tolong pangkah tu , pangkah lah tanpa banyak soal .

Dah banyak kerajaan tolong , tak kan kerja senang pun tak banyak tanya dan terikut-ikut kata orang lain yang tak sukakan kerajaan .

Lihatlah contoh meriahnya hari raya tahun ini kepada orang miskin di kawasan Tok Nal .

Bersyukurlah ......



Tok Nal - beraya dengan bonus kerajaan saja .

Monday, September 22, 2008

KENANGAN DI LANGKAWI






Pada 24 - hingga 27 November 2007 , Tok Nal dan keluarga ke Langkawi .

Tok Nal pergi bersama isteri dan 3 anak , menginap di Hotel Bay View dan membeli belah di sekitar Langkawi .

Seronok pergi dengan keluarga , cuma harga barangan dah makin mahal .

Tok Nal dah kesana hampir 10 kali dan dua kali dengan keluarga , yang seronok sangat anak-anak Tok Nal tetapi Tok Nal tak kisah sangat biarpun banyak keluarga belanja .

Pokoknya mereka seronok .

Friday, September 12, 2008

SELAMAT HARI RAYA

SEBELUM terlambat , Tok nak ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua bloggers dan pembaca blog Tok Nal .

Blog ni tak sensasi , cuma sekadar untuk suka-suka sahaja .

Saja nak bagi nasihat sikit , nak bagi pandangan sikit dan kalau boleh nak dapat pandangan atau komen pembaca sikit tentang isu semasa .

Itu saja tak lebih dari itu .

Lagi satu nak coretkan hal keluarga Tok Nal .

Sebagai kenangan terutamanya bila Tok Nal dah tak ada lagi .


Tok Nal - mohon maaf jika tersilap dan terkasar bahasa .

TAK TURUN PUN ....!

TERPERANJAT beruk Tok Nal bila harga barang tak turun-turun juga walaupun minyak dah turun .

Dulu masa naikan harga , minyak menjadi faktor utamanya , minyak naik 40 % , harga pun naik 40 % .

Kemudian minyak turun 15 sen , harga barangan tak turun juga .

Harga ayam standar di Kuala Pilah 7.50 seekor , kalau ayam yang dicucuh api untuk buang bulu , lagi lah mahal .

Macam tak ada kesudahannya harga barang ni .

Naik dan naik , turun tak juga .

Begitu lah nasib pengguna .

Tok Nal nak nasihatkan anak buah , mana yang boleh jimat , jimatlah .

Tanam sayur sekeliling rumah , ternak ikan sembilang dalam tangki dan beli satelah buat perbandingan .

Jangan nak berlagak dengan membeli saja , kurangkan belanja barang dapur kerana harganya tinggi sangat dan melampaui kemampuan kita .

Dengan cara itu , penggunaan dapat dikurangkan dan harga dapat dikawal , tak payah lah kerajaan kawal kerana sendiri kawal lagi baik .

Dengan cara itu , dapat lah anak buah tolong usaha kerajaan mengawal harga .


Tok Nal - dah lama tak makan luar kerana harga makanan siap pun naik juga .

Tuesday, September 2, 2008

SALAM RAMADHAN

Tok Nal ucapkan Selamat Berpuasa kepada seluruh umat Islam terutamanya kepada anak buah Tok Nal di mukim Gemencheh .

Juga Selamat Menyambut Hari Raya yang akan menjelang tiba .

Kalau ada salah dan silap , mohon di maafkan dan kepada sesiapa yang mungkin ada kesalahan dengan Tok Nal , Tok Nal maafkan .

Hari baik , bulan baik , elok kalau kita bermaaf-maafkan .


Tok Nal - berhasrat nak tunaikan haji tahun 2010

Thursday, August 21, 2008

BLOGGER SONGSANG

APA lah punya blogger bila membuat cadangan yang bukan sahaja menghina negara dan rakyat , malahan menjatuhkan maruah bila meminta mereka yang tidak setuju dengan kerajaan supaya mengibarkan bendera Malaysia secara terbalik .

Bangang betul blogger tu , bukan sahaja menjatuhkan maruah dia tetapi juga blogers lain .

Kalau pun benar tidak setuju dengan kerajaan , biarlah beri cadangan yang tulus , membina , dan tidak mencerminkan kebodohan sendiri .

Kan lebih baik buat cadangan supaya lebih ramai mengibarkan bendera sempena hari kemerdekaan daripada mengibarkan secara terbalik kerana cadangan itu bukan sahaja menjijikkan tetapi juga melambangkan kebodohan blogger itu sendiri .

Kadang kala Tok Nal tak percaya ada orang semacam ini kerana dalam memberikan pandangan atau mengutarakan isu , ada juga yang cuba menjerat tengkuknya sendiri .

Blogger saperti ini mesti dihapuskan dan jangan biar mereka merosakan blogger yang menulis untuk kebaikan , kesejahteraan dan ketulusan peribadi tanpa sebarang bayaran semata-mata kerana ingin menyumbang sesuatu kepada minda rakyat .

Kerajaan kena bertindak dan bertindak dengan wajar , budaya ini mesti dihentikan dan sebagai blogger , Tok Nal tidak setuju dengan sikap ini .

Tidak suka kerajaan , boleh , menyokong pembangkang juga boleh tetapi menjatuhkan maruah negara tidak boleh sama sekali biar pun mereka pembangkang , apa lagi kalau mereka kerajaan .



Tok Nal - sendiri mahu fikir lah