HARI ini Tok Nal dan rombongan yang terdiri dari Dato Kamil , Encik Fidi dari PPN dan PPD Pejabat Daerah Tampin bersama-sama menyampaikan sumbangan hari raya untuk peserta E Kasih bagi Mukim Gemencheh .
Seramai 10 peserta E Kasih menerima bantuan yang berupa beras , tepung , susu , gula dan lain-lain makanan rengan .
Ada penerima dari Taman Dato Taha , Jelawai , Ulu Rokan , Geduk , Tenai dan Parit Buloh .
Kesemua yang menerima nampaknya sangat berterima kasih kepada kerajaan, harapnya begitu lah .
Tok Nal cuma berharap , jangan pula nanti bila dah senang , lupa pulak jasa kerajaan .
Monday, August 30, 2010
Tuesday, August 24, 2010
MAJLIS BERBUKA DITANGGUH KEPADA 31 OGOS
TOK Nal dimaklumkan sekali lagi oleh Pentadbiran Daerah , majlis berbuka bersama MB di Kampung Pulau Air Rawa ditangguhkan lagi kepada 31 Ogos 2010 bersamaan hari RABU minggu hadapan .
Maaflah kerana terpaksa ditangguhkan dua kali , khabarnya MB ada tugas lain yang lebih penting .
Sila ambil perhatian terhadap tarikh baru ini .
Datang , jangan tak datang .

Monday, August 23, 2010
MAJLIS BERBUKA DENGAN MB DITANGGUHKAN KEPADA 27 OGOS 2010
TOK NAL MENERIMA MESEJ DARIPADA DATO KAMIL BAHAWA MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA MB DI MASJID KAMPUNG PULAU AIR RAWA PADA 24 OGOS INI ( SELASA ) DI TANGGUHKAN KEPADA 27 OGOS 2010 ( JUMAAT )
DIHARAP SEMUA YANG TELAH MENDAPAT JEMPUTAN MAKLUM AKAN PERUBAHAN INI DAN BERSAMA-SAMA LAH KITA HADIR HARI TERSEBUT .
TERIMA KASIH .

Friday, August 20, 2010
MAJLIS BERBUKA PUASA DI FBRU
TOK Nal dijemput ke majlis berbuka puasa anjuran DUN Gemencheh di Felda Bukit Rokan Utara , petang tadi .
YB Dato Mohd Kamil A Aziz , Adun Gemencheh menjadi tetamu kehormat majlis petang itu dimana diadakan juga majlis menyampaikan bantuan hari raya kepada anak yatim , ahli kariah yang rajin ke masjid dan juga yang mendapat rawatan di hsopital .
Sambutan orang ramai sangat baik , ramai yang hadir dan masakan berbuka petang itu juga sangat menyelerakan .
Terima kasih lah , moga bertambah rezeki penduduk FBRU .

![]() |
| Dato Kamil sedang menyampaikan ucapan dalam majlis itu |
![]() |
| Tok Nal bersama Ketua Kg FBRU sedang menunggu ketibaan Dato Kamil |
![]() |
| Sedang mendengar ucapan dan menunggu waktu berbuka |
LAWATAN KE FIDLOT SPKR TAMPIN
BERSAMA-sama dengan Pegawai Daerah Tuan Razali Bakar , Adun Gemas Dato Zainab Nasir dan Adun Gemencheh Dato Mohd Kamil A Aziz serta ahli jawatankuasa fokus group daerah , Tok Nal bersama-sama melawat ke projek fidlot SPKR Tampin di Pasir Besar , Gemas .
Projek yang menelan belanja RM 3.2 juta itu menjadi fokus utama setiap kali mesyuarat fokus group daerah dan saban waktu , dibincangkan serta menjadi tumpuan utama ahli jawatankuasa .
Justeru itu , Pegawai Daerah mengadakan lawatan ke fidlot terbabit yang pada masa ini menempatkan 600 ekor lembu yang sedia untuk dijual .
Walaupun tersekat kira-kira 1/2 jam di pintu pagar utama kerana terkunci , akhirnya ahli jawatankuasa fokus group daerah dapat juga menyaksikan perkembangan projek itu .
Sama-sama lah kita saksikan lembu-lembu di fidlot itu melalui gambar dibawah .
Projek yang menelan belanja RM 3.2 juta itu menjadi fokus utama setiap kali mesyuarat fokus group daerah dan saban waktu , dibincangkan serta menjadi tumpuan utama ahli jawatankuasa .
Justeru itu , Pegawai Daerah mengadakan lawatan ke fidlot terbabit yang pada masa ini menempatkan 600 ekor lembu yang sedia untuk dijual .
Walaupun tersekat kira-kira 1/2 jam di pintu pagar utama kerana terkunci , akhirnya ahli jawatankuasa fokus group daerah dapat juga menyaksikan perkembangan projek itu .
![]() |
| Tuan DO dan Dato Kamil terkandas di pintu masuk kerana masih berkunci walaupun telah dimaklumkan sebelumnya untuk datang melawat |
![]() |
| Man Bentong (MB) adalah antara jawatankuasa yang turut sama dalam lawatan itu |
![]() |
| Lembu-lembu yang sedia untuk dijual |
![]() |
| Lembu-lembu sedang makan dedak |
Thursday, August 19, 2010
PROGRAM ADUN GEMENCHEH
TOK Nal sertakan bersama-sama ini jadual berbuka puasa dan singgah sahur serta penyampaian bantuan hari raya YB Dato Mohd Kamil A Aziz , Adun Gemencheh sempena bulan Ramadhan ini .
Insya-Allah , jika ada kesempatan , Tok Nal pun akan hadir sama .
16/8/10 - Isnin - 2.30 ptg - penyampaian bantuan ihsan kepada mangsa banjir di Pt Buloh dan Air Kuning
19/8/10 - Khamis - 4.00 pg - singgah sahur dan menyampaikan bantuan hari raya di Kg Tenai Air Gelugor
20/8/10 - Jumaat - 6.30 ptg - Majlis berbuka puasa di Masjid Felda Bukit Rokan Utara
23/8/10 - Isnin - 4.00 pg - singgah sahur dan menyampaikan bantuan hari raya di Kampung Batang Rokan
24/8/10 - Selasa - 6.30 ptg - majlis berbuka puasa dengan MB di Kampung Air Rawa
25/8/10 - Rabu - 11.00 pg - pemberian hamper di hospital Tampin
27/8/10 - Jumaat - 4.00 pg - singgah sahur dan menyampaikan bantuan hari raya Felda Bukit Jalor
6.30 ptg - majlis berbuka puasa di surau Taman Sri Intan
30/8/10 - Isnin - 6.30 ptg - majlis berbuka puasa dengan warga PDK Gemencheh
6.20 ptg - majlis berbuka puasa di Felda Bukit Rokan ( acara Ahli Parlimen )
31/8/10 - Selasa - 4.00 pg - singgah sahur dan menyampaikan bantuan hari raya Felda Bukit Rokan
1/9/10 - Rabu - 6.30 ptg - majlis berbuka puasa Masjid Jamik Gemencheh Lama
4/9/10 - Sabtu - 4.00 pg - singgah sahur dan menyampaikan bantuan hari raya Felda Bukit Rokan Utara
6.30 ptg - majlis berbuka puasa di Masjid Kg Sungai Kepong
5/9/10 - Ahad - 6.30 ptg - majlis berbuka puasa dan merasmikan ikhtiqad perdana masjid di Felda Bukit Rokan
6/9/10 - Isnin - 6.30 ptg - majlis berbuka puasa di Masjid Batang Rokan .
SAMA-SAMA LAH HADIR YA...

Wednesday, August 18, 2010
PESAN PEGAWAI DAERAH
TUAN Razali Bakar berpesan kepada kakitangan kerajaan termasuk pemimpin tempatan dan JKKK supaya sentiasa memahami segala dasar yang dibawa kerajaan supaya memudahkan mereka untuk menjelaskannya kepada orang ramai .
Sekiranya mereka kurang paham , mereka perlu mendapatkan maklumat dari sumber yang sahih dan tidak membuat ulasan atau kupasan tersendiri yang mungkin menyebabkan isi kandungan dasar itu menyimpang jauh .
Dasar 1 Malaysia contohnya memberi penekanan kepada penyatuan dan perpaduan dalam kaum dan diantara kaum dalam negara ini dan bukannya memberi hak samarata saperti yang digembar gemburkan sasatengah pihak .
Justeru itu , jangan pulak ada yang menjadi nasi tambah untuk mengeruhkan suasana kerana sebagai penjawat awam , mereka bertanggung jawab melaksanakan dasar yang di bawa oleh kerajaan .
Tok Nal setuju benar dengan saranan Tuan Pegawai Daerah itu dan berharap JKKK dibawah kepimpinan Tok Nal di Repah dan Gemencheh , melihat saranan ini sebagai satu yang penting .
Jangan lupa , JKKK adalah badan yang ditubuhkan kerajaan dan dibahu mereka lah terletaknya imej kerajaan yang memerintah hari ini .

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA MB
24 Ogos ini , hari Selasa , di Masjid Kariah Kampung Air Rawa Pulau ,Gemencheh , MB akan turun bagi menghadiri majlis berbuka puasa bersama rakyat dan menyampaikan bantuan kepada mereka yang memerlukan .
Majlis itu dianjurkan oleh Pejabat MB , Pejabat Daerah serta Majlis Agama Islam Negeri Sembilan serta di dokong oleh pejabat ADUN Gemencheh .
Mereka-mereka yang tinggal di kampung Air Rawa Pulau atau dikawasan sekitarnya di jemput hadir .
Dan bagi yang menerima bantuan samaada dari MAINS atau pun JKM , sila datang awal kerana majlis akan bermula jam 6.00 petang .
Sama-sama lah kita hadir dalam majlis itu yang bukan sahaja membantu memeriahkan majlis tersebut tetapi juga dapat mengimarahkan masjid kampung itu .
Tahniah kepada semua pihak yang menjayakan majlis dan juga kepada MB yang kita sayangi itu .
Insya - Allah , Tok Nal pun akan hadir juga .

Tuesday, August 17, 2010
KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG
![]() |
| Tok Nal sedang menerima bendera dari Dato Razi Kail |
Sebagai Pengerusi KRT Melang , Tok Nal juga hadir dalam majlis itu bagi menerima bendera dari Dato Razi .
Tahun ini , kata Dato Razi kerajaan tidak bekalkan bendera kepada aorang ramai secara menyeluruh kerana mahukan rakyat membeli sendiri bendera sebagai satu tanda semangat patriotik mereka kepada negara ini .
Pemberian bendera hari ini , hanya sebagai simbolik sahaja dan jika perlu lebih lagi , kena beli sendiri .
Kira-kira 200 pengerusi KRT , pengerusi JKKK dan orang ramai hadir dalam majlis itu .
![]() |
| Bergaya sakan anak-anak kita dengan bendera di tangan dan pakaian mereka |
![]() |
| Nami pun hadir untuk memeriahkan majlis itu |
![]() |
| Pertandingan memasang bendera pada basikal |
![]() |
| Kyusuk nampak ? |
Anak dan isteri Tok Nal pun hadir sama dalam majlis tersebut .
MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN BAJIR
SERAMAI 119 penduduk dari beberapa buah taman dan kampung di sekitar Air Kuning menerima bantuan ehsan RM 200 saorang dari Jabatan Kebajikan Masyarakat kerana rumah mereka dinaiki air awal bulan lalu .
Mereka terdiri dari penduduk Kg Parit Buloh , Taman Semarak dan juga penduduk dari kampung Baru Air Kuning .
YB Dato Mohd Kamil A Aziz , Adun Gemencheh telah menyampaikan bantuan yang berjumlah RM 23,800 itu .
Rata-rata yang menerima bantuan bergembira kerana setidak-tidaknya ada ehsan kerajaan bagi mengurangkan beban mereka akibat banjir yang melanda kawasan mereka .
Sebeluim ini , Ahli Parlimen Tampin Dato Shaziman Abu Mansor juga menyampaikan sumbangan yang sama kepada mereka .
Bertuahlah penduduk yang dinaiki air itu kerana kerajaan sentiasa prihatin kepada setiap masalah mereka .
Saperti kata Dato Kamil , jangan kerana sadikit musibah , kita mudah mengubah haluan dan mengibarkan bendera lain kerana kerajaan sentiasa memberikan perhatian keatas kebajikan mereka .
Hadir sama ialah Tok Nal sendiri dan beberapa ketua jabatan kerajaan di daerah ini .

| Pengarah JKM Negeri Sembilan sedang berbual dengan wakil Pegawai Daerah Tampin di majlis itu |
![]() |
| Tok Nal juga hadir dalam majlis itu |
![]() |
| Berbagai kaum menerima bantuan wang ehsan banjir |
![]() |
| Dato Kamil dan Pengarah JKM sedang menyampaikan wang ehsan kepada penerima |
![]() |
| Wang sudah terima , nanti sokong kerajaan ya , kata Dato Kamil |
![]() |
| Boleh buat duit raya ni ? |
Subscribe to:
Posts (Atom)