Monday, August 8, 2011

ARAHAN NO. 1 2010 MAJLIS TINDAKAN NEGARA

BERCAKAP tentang Arahan No 1, 2010 Majlis Tindakan Negara sebagaimana yang disentuh oleh Tok Din , disini Tok Nal catatkan serba sadikit perkara yang berkaitan dengan arahan itu .

Untuk lebih mudah , arahan No. 1 ini adalah arahan dari pemimpin utama kita iaitu Perdana Menteri Malaysia dan sebagai orang No, 1 , arahan ini dikeluarkan dengan jodol Arahan No. 1 2010 Majlis Tindakan Negara .

Arahan ini dikeluarkan oleh setiap Perdana Menteri , Tunku Abdul Rahman mengeluarkan arahan No. 1 ,1971 dengan tajuk untuk menyelaras dan mengawasi perlaksanaan DEB dan ancaman komunis .

Manakala Arahan No. 1 , 1991 dan 1996 , dibuat oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan maksud untuk disesuaikan dengan jentera penyelarasan dan senerio pembangunan 1990 an serta DPN manakala Arahan No. 1 , 2001 pula untuk disesuaikan dengan DWN dan RRJP3 serta strategi RMK-8 dan perkembangan era ICT masa kini .

Tun Abdullah Ahmad Badawi melalui Arahan No. 1 , 2004 pula untuk disesuaikan dengan fungsi dan tanggungjawab Majlis Tindakan Negara kearah negara cemerlang.gemilang dan terbilang .

Dan Arahan No. 1 , 2010 , arahan yang terbaharu ialah bagi menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020 selaras dengan usaha-usaha tranformasi menerusi GTP,ETP serta MBE .

Prinsip utama dalam Arahan No. 1 , 2010 ialah pertumbuhan keluaran negara kasar (GDP) sebanyak 6 % setahun sahingga 2015 , pertumbuhan pelaburan swasta sebanyak 12.8 % ( RM115 bilion) setahun , pendapatan perkapita sebanyak USD 12,139 menjelang 2015 dan perlaksanaan RMLT secara berkesan .

Majlis Tindakan Negara di pengerusikan oleh YAB Perdana Menteri sendiri dimana ahli-ahlinya ialah YAB Timbalan Perdana Menteri , menteri-menteri , KSN , Ketua Pengarah ICU dan ahli tetap lain yang dilantik oleh Perdana Menteri .

Dibawah MTN , wujud Majlis Tindakan Negeri (MTNg) yang di pengerusikan oleh YAB Menteri Besar atau Ketua Menteri , Majlis Tindakan Persekutuan Negeri ( MTPNg) yang dipengerusikan oleh anggota pentadbiran kerajaan persekutuan yang dilantik oleh PM , Jawatankuasa Kerja Tindakan Negara (JKTN) di pengerusikan oleh KSN dan Majlis Tindakan Wilayah Persekutuan (MTWP) di pengerusikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar .

Dibawah jawatankuasa tersebut ada Jawatankuasa Kerja Tindakan Negeri (JKTNg) , Jawatankuasa Kerja Tindakan Persekutuan Negeri ( JKTPNg) , Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Kementerian (JKPK) dan Jawatankuasa Tindakan Wilayah Persekutuan (JKTWP) .

Di peringkat paling bawah ialah Jawatankuasa Kerja Tindakan Daerah / Bahagian (JKTD/JKTB) dan Jawatankuasa Tindakan Zon / Jajahan (JKTZ/JKTJ) .

Di peringkat JKTD , Pegawai Daerah dilantik sebagai Pengerusi manakala Pejabat Daerah (Bahagian Pembangunan ) dilantik sebagai urusetia .

Ahli-ahli Tetap JKTD ialah ahli Parlimen dan Dun , Ketua Polis Daerah , Jurutera JKR , JPS , Pertanian , Pelajaran , MARA , Kesihatan , Pihak Berkuasa Tempatan , Pejabat Agama , Kemas , Belia dan Sukan Pengurus Felda / Felcra Wilayah , Risda dan Penghulu Mukim .

Tugas dan bidang kuasa JKTD ialah memantau dan menilai impak perlaksanaan projek-projek pembangunan , memantau program pembangunan swasta , memastikan kumpulan sasar mendapat impak maksimum dari pembangunan , menyelaras dan mengemukakan cadangan pembangunan , memastikan perlaksanaan projek penyertaan bumiputra dan pembasmian kemiskinan , memastikan perlaksanaan projek pembangunan yang tidak dapat diselesaikan dan juga memastikan pematuhan sepenuhnya pemakaian SPP 11 , ekasih , emerah di peringkat daerah .

Walaupun ahli tetap telah ditentukan , sekiranya perlu Pengerusi boleh memanggil ahli lain untuk turut hadir dalam mesyuarat di peringkat JKTD ini .

Ini adalah jawatankuasa tertinggi di peringkat daerah yang membuat sebarang keputusan dan memantau perlaksanaan di peringkat daerah .

Dengan sadikit penjelasan ini , Tok Nal harap semua Ketua Kampung paham serba sadikit tentang Arahan No. 1, 2010 saperti yang dimaksudkan oleh Tok Din kita itu.

Jika tak paham juga , rujuk kat Tok Nal sendiri kerana Tok Nal memang mempunyai salinan arahan tersebut .

POLITIK DAN KEPIMPINAN KETUA KAMPUNG

Mengikut Sigmund Freud , politik adalah satu cara bagaimana mengatur ekonomi dan sosial mengikut acuan tertentu tetapi kaedah politik di sini ialah bagaimana untuk menjadi pemimpin , mencari pengaruh dan kuasa serta mengumpulkan kekayaan .

Tak kira lah partai mana , hala tuju politik hampirsemuanya kearah itu , dan asas kepada politik ialah demokrasi .

Demokrasi berasal daripada perkataan latin iaitu demos untuk rakyat dan kratin untuk kuasa tetapi sistem ini bukan sistem yang terbaik , sistem ini banyak yang boleh dimanupulasi  serta sering mengundang banyak permasalahan .

Katakan lah saorang yang rajin bekerja , jujur , mendapat sokongan rakyat , bijak dan berhemah dalam melaksanakan tanggungjawabnya tetapi kerana tidak pandai berpolitik kepartaian tetapi tidak disokong dalam partainya , maka pemimpin ini tidak akan dipilih kerana demokrasi menentukan , satu undi lebih adalah menang dan satu undi kurang , adalah kalah .

Sistem terbaik ialah cara Islam , yang halal tetap halal dan yang halal , tidak menjadi haram disebabkan pengundian .

Jika kumpulan yang mempunyai 10 anggota mengatakan sesuatu yang haram itu halal berasakan undi dimana yang menyokong ianya halal lapan berbanding yang mengatakan haram , tidak menjadikan yang haram itu halal kecuali berasaskan hukum Allah dan nas-nas yang ada .

Begitu lah , dalam pekerjaan juga banyak politiknya , dalam kepimpinan sukarela lagi kuat politiknya apatah lagi dalam partai politik , tentulah kena berpolitik .

Cuma Tok Nal harapkan , dalam kepimpinan Ketua Kampung , tiada yang berpolitik didalamnya , jalankan tanggungjawab secara jujur dan kerana Allah swt dan disitulah letaknya keberkatan tanggungjawab dan amanah yang disempurnakan .

Banyak pahalanya jadi Ketua Kampung sebagaimana imam di masjid , Ketua Kampung adalah tonggak kepada kampung mereka .

Tok Nal doakan kesejahteraan semua Ketua Kampung Tok Nal .

Moga-moga Allah memberikan hidayat dan keberkatan kepada perjuangan dan tanggungjawab semua Ketua Kampung .

Amin ............