Wednesday, September 2, 2009

IHYA RAMADHAN JHEOA




Penduduk orang asli Sungai Lerek , adalah satu penempatan baru hasil perpindahan penduduk setempat akibat pembinaan empangan Gemencheh .

Seratus peratus penduduknya adalah terdiri daripada orang asli yang beragama Islam dibawah pimpinan Batin Jaafar .

Perkampungan itu yang terletak kira-kira 10 kilometer dari pekan Gemencheh , mempunyai kemudahan asas mencukupi termasuk jalan tar , bekalan air , bekalan eltrik dan juga sebuah surau dan dewan orang ramai .

Pihak JHEOA sentiasa berusaha untuk memperbaiki kehidupan orang asli ini dan baru-baru ini sempena bulan ramadhan , JHEOA memberikan bantuan bahan masakan dana peralatan dapur kepada mereka .

Sumbangan ini telah disampaikan oleh ADUN Gemencheh Dato Mohd Kamil A Aziz kepada semua keluarga orang asli yang mendiami penempatan tersebut .

Adalah diharapkan , mereka dapat merayakan samabutan hari raya dengan meriah dan merasa dihargai kerajaan atas sumbangan mereka selama ini .

Menurut Dato Kamil , kerajaan tidak pernah meminggirkan orang asli dan satu projek ekonomi iaitu tanaman kelapa sawit seluas 100 ekar akan dimajukan oleh pihak Risda bagi membantu menambahan pendapatan mereka .

Kita harap , tidak berlaku lagi migrasi orang asli dari satu tempat ke satu tempat saperti dulu bagi mencari sesuap nasi dengan adanya usaha kerajaan menyediakan keperluan ekonomi mereka .