Wednesday, July 20, 2011

TOK DIN MENGAMOK SAKAN

ORANG kuat Persatuan Ketua Kampung Tampin  Baharudin Rashid yang lebih dikenali dengan panggilan Tok Din mengamuk sakan dalam mesyuarat fokus group mukim petang semalam .

Habis diserangnya sampaikan Tok Nal pun tak menang mulut nak memintas serangan Tok Din .

Tapi Tok Nal cuba buat rilek aje , cool maklumlah Tok Nal tahu , mulut Tok Din laser tapi Tok Din bercakap berdasarkan bukti , siapa makan cili dialah yang rasa pedasnya , Tok Nal  sekali sekala aje makan cili , jadi tak lah pedas sangat .

Sebenarnya , catatan diatas adalah main-main aje , sekadar nak bergurau dengan Tok Din , mana boleh Ketua Kampung mengamuk dengan Penghulu Mukim ?

Sorry lah Tok Din , acah aje tu , Tok Din bila bercakap nadanya memang keras tetapi isinya hebat , kalau tak tak kan terpilih sebagai Ketua Kampung Daerah Tampin , besar jawatan tu .

Kena respek bro .

Sebagai Penghulu Mukim , Ketua Kampung adalah rakan sejawat Tok Nal , banyak jasanya pada Tok Nal , siapa yang bagikan maklumat kampung kalau tak ketua kampung dan siapa yang jaga kemajuan dan keselamatan kampung kalau tak ketua kampung .

Khabarnya , ahad ini ada mesyuarat agung persatuan ketua kampung Tampin di Gemas , bagus juga , dapek makan nasi ayam gemas dan Tok Nal harap Tok Din berjaya lagi memimpin persatuan yang berprestige tu .

Tok Nal tumpang gembira aje .

MAJLIS BERBUKA PUASA MB NSDK

TAHUN ini majlis berbuka puasa YAB Menteri Besar NSDK bagi daerah Tampin akan diadakan di Dun Repah dan masjid kariah Repah telah dipilih untuk tujuan itu .

Majlis akan diadakan pada 18 Ogos 2011 , hari khamis malam jumaat dimana seramai 1,000 jemputan termasuk anak yatim , penerima bantuan Mains , JKM , penduduk setempat dan orang ramai akan bersama-sama hadir selain tetamu kehormat yang terdiri daripada barisan exco kerajaan , SUK dan pemimpin  tempatan .

Mesyuarat penyelarasan berhubung perkara itu telah pun diadakan dan segala perancangan mengadakan majlis tersebut sedang giat diatur .

Sebagai Penghulu Gemencheh yang juga Penghulu Repah , Tok Nal harap , mereka yang berkesempatan untuk hadir , datang lah beramai-ramai .

Ini majlis pemimpin kita bersama rakyat , sepatutnya lah kita hadir beramai-ramai dan memberikan sokongan kepada pemimpin kita tidak kira samada kita pemimpin tempatan , daerah mahu pun negeri .

Kepada Pengerusi JKKK dalam daerah Tampin , ini peluang untuk kita bersama-sama dengan pemimpin kita dan berikanlah komitmen sepenuhnya dalam menjayakan majlis ini .