BAGI Tok Nal , ada kawan yang setia dan ada kawan yang hanya ingin melihat kita sengsara .
Memang tidak ramai yang suka melihat kita gembira , berjaya serta mencapai apa yang dicita tetapi ramai yang suka melihat kita jatuh , sentiasa berduka dan paling sedih sekali , suka kalau apa yang kita hajati tidak berjaya dicapai .
Itu lah sikap rakan dan kawan kita .
Tok Nal simpati dengan nasib rakan-rakan kita yang sebegitu , malahan Tok Nal juga pernah menerima nasib yang sama .
Kadang kala kerana kepentingan peribadi , matlamat menghalalkan cara dan kepentingan ramai menjadi mainan .
Tok Nal ada saorang kawan , namanya Nujum , tinggal di Air Baloi Pontian , pernah bersama-sama belajar di UNAS tetapi tidak tamat dan kemudiannya menyambung pelajaran di UKM dan berjaya lulus dengan sarjana muda sains politik .
Hubungan kami baik , beliau berpegang kepada prinsip dan penyokong kuat parti bulan manakala Tok Nal parti keris tetapi pegangan politik tidak pernah menyekat hubungan kami .
Kami berkawan rapat dan sering bertengkar tetapi akhirnya kami tetap bersatu dalam isu utama yang membabitkan rakyat .
Kalau boleh di katakan rakan dan kawan , Nujum lah orangnya .
Tok Nal memang salute dengan Nujum dan akan singgah kerumahnya di Air Baloi bila ke Pontian .
Dan Tok Nal sentiasa mendoakan Nujum berjaya biarpun berlainan pegangan politik dan kepahaman .
Tok nal - ada rakan dan kawan , ada juga rakan dan lawan , adat lah ....