Thursday, June 25, 2009

RUMAH WARISAN



Bagi orang Gemencheh , Rumah Warisan yang menjadi projek perlancungan utama di Kg Pulau Air Rawa mungkin tidak mendatangkan banyak kesan nostalgia kepada mereka , tetapi bagi sasatengah pihak , Rumah Warisan itu mengandungi banyak erti sama sekali kepada mereka .

Mungkin ada yang tidak pernah lagi melihat rumah asal penduduk negeri ini yang hanya mengandungi sebuah bilek , loteng , ruang tamu atau beranda dan dapur .

Jika berhasrat melihatnya , silalah berkunjung ke Kg Pulau Air Rawa , Gemencheh kerana terdapat sebuah rumah disitu yang masih utuh dan dijaga rapi dan dikenali sebagai Rumah Warisan untuk dijadikan bahan kajian , tontonan dan projek perlancungan .

Sila berhubung dengan pemilik rumah itu atau ketua kampung untuk tujuan lawatan dan ianya dibuka sepanjang masa .

Projek ini adalah hasil ilham YB Dato Mohd Kamil A Aziz , Adun Gemencheh yang juga anak jati kampung itu sendiri .



Banyak lagi tempat-tempat menarik yang boleh menambat hati mereka , dan untuk mendapatkan maklumat lanjut , sila lah berhubung dengan Ketua Kampung , Penghulu atau pun Pejabat Daerah Tampin sendiri .

Tok Nal dah banyak kali kesitu , dan setakat ini Tok Nal belum pernah bosan menatapinya macam perasaan kita bila menonton filem P Ramlee .

Sentiasa tidak puas menatapnya , anda bila lagi ... ?