


Belia hari ini terdedah dengan berbagai sumber maklumat dan salah satu darinya adalah internet dan sehubungan itu , wajar jika belia-belia memahami cara menggunakan dan mendapatkan maklumat tersebut .
Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) Tampin dengan kerjasama MID atau Medan Info Desa Tampin di Kampung Tengah telah menganjurkan kursus kepada seramai 110 belia dari pertubuhan itu .
Mereka bukan sekadar didedahkan kepada teknologi komputer tetapi juga cara bagaimana untuk menguruskan seuah persatuan dan bagaimana untuk membuat kertas kerja bagi mendapatkan peruntukan .
Wakil Rakyat Gemencheh Dato Kamil A Aziz telah menutup dan menyampaikan sijil kepada belia-belia terbabit .
Tok Nal pun turut sama mewakili Dato Pegawai Daerah dan Tok Nal dapati , ramai belia ini adalah terdiri daripada mereka yang baru lepasan sekolah menengah .
Ini adalah satu yang menarik kerana generasi muda tahu memanfaatkan kemudahan yang ada bukan sekadar menggunakan komputer untuk bermain game sahaja .
Tok Nal berharap , ianya dapat diteruskan bukan sahaja kepada belia-belia tetapi juga generasi yang lebih berumur kerana mereka juga perlu tahu kemudahan semasa yang ada .
Tok Nal sentiassa menyokong usaha sebegini .